Sunday, July 26, 2009

ada aku kesah..??

Silap dan salah. Sentiasa ada dalam diri setiap manusia. Jalan terbaik untuk menebus, adalah dengan penyesalan dan keinsafan dalam diri. Kembali kepada Yang Maha Pencipta..dan jalani hidup seperti biasa tanpa mengulangi kesilapan yang sama.

Jodoh pertemuan, ajal maut...semua ketentuan Tuhan, tapi bilakah akan berlaku..? Tak seorang pun tahu. Indah kan alam ciptaan Tuhan..?

Mati..
Akan berlaku. Bila bila masa sahaja. Malah setiap kita dah dijatuhi hukuman mati, cuma tidak tahu bilakah tarikh dan waktunya. Maka, buat apa takut mati.?Hurm..bukan takut, tapi risau kalau-kalau tak sempat bertaubat sebab banyak buat salah dan alpa, tapi Tuhan tak kejam macam hambaNYA. HambaNYA yang lupa asal usul. Keampunan Tuhan melebihi kesalahan hambaNYA.

Baik buruk, mulia jahat..semua dihitung. Tak perlu diminta balasan dunia. Tuhan nampak apa yang dibuat.
Harta, pangkat,kuasa dan kawan dikala senang...semua sementara. Tapi itu yang dikejar, dicari dan disayangi.

Semua yang diatas, aku faham.
Aku mengerti dan aku cuba hidup baru..tapi...
Aku sendiri tak tahu kenapa susah sangat nak hilang dan nak lupa.
Aku tak baik. Aku bukan malaikat dan aku bukan menagih simpati.

Ada aku kesah..???
3 perkataan ini yang boleh membawa 2 maksud. Mungkin untuk bergurau dan mungkin untuk tunjuk kemarahan.

Haih..entahlah.
Akan aku ingat baik buruk dalam perjalanan hidup di dunia ini. Bagaimana agaknya hidup di alam lain nanti ya.Isk...takut pula rasa..

No comments:

Post a Comment