Kadang aku bosan dengan rutin harian aku. Dari pagi sehingga ke malam, hanya seorang diri. Di mana-mana sahaja. Ke pejabat, ke jamuan-jamuan, ke undangan-undangan atau ke mana-mana sahaja. Masa aku banyak di habiskan berseorangan. Di rumah, di bilik, di pejabat atau di mana-mana sahaja. Apa jua aktiviti dan keadaan, memang aku akan laluinya seorang diri.
Mungkin kerana itu, aku sentiasa rasa bosan dengan kehidupan aku. Pernah dulu seorang kenalan berkata pada aku, your life are so boring..!
Aku tahu itu, malah aku selalu cuba untuk tidak jadikan hidup aku sangat boring, tapi aku tak berdaya. Aku tak punya ramai kenalan. Yang ada, semua dah punyai kehidupan sendiri.
Sejak akhir-akhir ini, aku terfikir apakah kesudahan hidup aku nanti..? Aku pernah melihat kesudahan hidup seseorang yang amat aku sayangi. Aku tidak mahu mengalami nasib yang sama.
Bukan aku tak ada kawan
Bukan aku tak bergaul
Cuma..aku tak punya kawan rapat, yang boleh aku ajak ke mana-mana untuk menemani ketika tiada aktiviti.
Adakah di umur begini, tak ada istilah kawan rapat lagi..?
Adakah sudah terlambat untuk aku mempunyai teman rapat..? yang tak akan melibatkan perasaan sayang dan cinta..?
Adakah mustahil untuk seorang perempuan mempunyai teman rapat yang juga seorang perempuan..?
Adakah matlamat seorang perempuan adalah untuk mencari seorang lelaki ?
Aku tahu, aku tak perlu takut menghadapi dunia, kerana dunia hanyalah sementara. Namun, fitrah manusia yang akan merasa sunyi dan sepi bila bersendirian.
Untuk berkahwin dan menjalani alam rumahtangga, aku rasa belum masanya lagi. Jika aku berkahwin,tidak bermakna aku tidak akan sunyi lagi. Hubungan dan tanggungjawab akan bertambah berat. Bagi aku, tanggungjawab itu berat.
Entahlah.
Kadang aku rasa lebih elok aku begini daripada aku mencari kehidupan lain dan tanpa sengaja menyakiti hati manusia-manusia lain lagi. Cukuplah dengan yang pernah terjadi dulu.
Rasanya aku tak akan rasa begini jika punya kerjaya yang betul.
Sokongan dari keluarga
dan kawan-kawan sentiasa ada ketika aku menghadapi tekanan.
Dulu aku ada keluarga, maka aku tidak kisah tiada kawan rapat.
Namun sekarang, aku tak ada sesiapa. Kawan-kawan juga menjauhi dan salah anggap dengan aku. Aku faham sesiapa pun akan marah dan rasa sayang dan percaya akan lama kelamaan akan hilang jika dikhianati, namun...macam mana harus aku beritahu betapa aku hargai persahabatan selama ini.??
Entahlah.
Banyak yang terjadi, namun semuanya tak dapat aku ungkapkan dan catitkan. Biarlah semuanya menjadi rahsia aku seorang saja.
Kadang aku terfikir, ada tak di saat ini...seseorang menrindui aku dan nak sangat berjumpa dengan aku..?
badakbiru : andai aku pergi, adakah keadaan akan kembali seperti biasa...?
No comments:
Post a Comment