Sahabat..
mengapa..kau pergi
tinggal aku sendiri
kau tahu ku tak sanggup..
Sahabat..
ingatlah...kau slalu
jadi yang terbaik
walau kau tak disini lagi
Sahabat..
aku rindu padamu
datang walau sesaat
ku inginkan kau hadir
Aku disini dan menunggu
diam tanpa dirimu
kau tahu ku tak bisa
beranjak terbang dan melayang
tanpa dirimu ku tak bisa
dan kembalilah..
-sing by aizat-
Bila dengar ini, otak melayang jauh. Ingat semua yang pernah datang dalam hidup. Suka ke, duka ke..semua aku kenang. They give impact into my life so far.
Kadang terfikir juga, kepada perlu jumpa dan berpisah..? Itulah lumrah hidup di dunia yang tak kekal. Sayang gila babas pun, berpisah juga. Yang ada cuma memori dan kenangan terindah waktu suka dan duka. Yang pahit...mahu buang jauh-jauh.
Namun, rasanya hanya satu yang sangat beri impak dalam hidup ni. Impak yang mampu buat aku sedar aku bukan budak belasan tahun yang perlu dipujuk rayu. Zaman dah berubah. Itu juga lumrah dunia tak kekal ni. Makin lama makin berubah. Tak best kan..? Tapi kenapa yang tak kekal itu yang dikejar..? Pelik tapi benar. Kadang, aku kejar juga. Haish...memang manusia mudah lupa betul...!
Hari minggu lepas, aku sangat sibuk. Terasa cepat saja hari cuti yang 2 hari itu...! Bukan sibuk kerja, tapi sibuk menghadirkan diri ke jemputan rumah terbuka. Bukannya banyak pun, tapi sebab jarak antara satu sama lain itu ibarat kutub utara kutub selatan. Tambah pula dengan kenderaan banyak di jalan. Semua nak pergi serbu rumah terbuka juga agaknya. Patut boleh sampai dalam masa 45 minit saja, dianjak ke sejam jadinya..! Belum lagi masuk bab borak tak ingat dunia. Habis semua cerita keluar. Dari zaman sekolah sampai bab isu semasa.. Heh, macam macam...
Siang hari bergelak ketawa, tiba malam hari..sendirian di bilik, tumpas juga. Entah apa yang di sedihkan, hingga tidur beralas airmata lagi...
badakbiru : menyesal tak guna sudah, tapi takkan sampai kiamat mahu bermusuh..?
No comments:
Post a Comment