Pagi tadi...terfikir sesuatu.
Adakah orang sekeliling yang pelik, atau diri aku yang pelik..? Tiba-tiba saja teringat satu lirik dari Simple Plan..
" What the *uck is wrong with me.?
don't fit in with anybody
how did this happen to me..?
wide awake I'm bored and I can't fall asleep
and every night is the worst night ever..."
Itu lah yang jadi kat aku. Pelik juga, tapi..entahlah. Aku ke yang bermasalah disini sebenarnya..? atau aku terlalu memikirkannya.?
Aku bukan sombong, tapi aku jenis yang tak banyak cakap. Kadang-kadang tu, orang yang jenis banyak mulut pun bila dengan aku mesti mereka pun jadi kelu tanpa kata. Pelik kan.? Mungkin mereka tak tahu nak borak apa bila tak ada respon dari aku kot.. Heh..
Bukan taknak respon, tapi aku tak pandai hipokrit dan aku tak banyak cerita yang nak diceritakan. Kadang-kadang takut menyakitkan hati orang, mengecilkan hati orang.
Kadang, dengan orang yang aku rapat pun, aku tak banyak cakap kecuali bila aku ada sesuatu yang nak dikongsi. Lagipun, aku tak suka menyusahkan orang dan menyesakkan otak orang dengan cerita-cerita aku.
Maka sebab tu lah kot orang kata aku budak baik. Padahal aku suka huha huha dan bersosial juga, cuma aku tak ada geng. Orang tak ajak sebab tengok aku macam nerd kot..!
Haih..entahlah.
Aku rasa kerana itu lah aku mudah sensitif dan terasa bila orang yang rapat dengan aku, tiba-tiba berubah atau tidak lagi mesra.
Pernah aku cuba menjadi orang lain, tapi aku gagal juga. Memang perlu jadi diri sendiri, tapi aku tak nak dipanggil kera sumbang dan nerd..! Sebab itu aku jadi orang lain. Namun..aku gagal juga. Aku tinggalkan luka kat hati orang. Akibatnya aku dibayangi kesilapan itu sampailah keadaan kembali seperti biasa.
Aku keliru sebenarnya. Kalaulah dapat aku baca fikiran orang sekeliling ni..kan best..
Perlukah aku berubah lagi...? atau teruskan begini, menanam emas dalam mulut dan terus-terusan diam seribu bahasa..? atau terus-terusan berdiam diri dan reserve my comment..?
No comments:
Post a Comment