Pagi tadi tiba-tiba je bangun aku seram sejuk. Kejap panas, kejap sejuk. Nak kata demam, Ok je rasa, tapi lemah lah badan. Tak bermaya. Dari semalam lagi badan rasa tak sedap, tapi pagi tadi dah OK. Bila sampai office je dia panas balik. Bila dah tak larat tu, aku ke klinik juga. Dapat lah MC hari ni. Terus balik rumah. Aku makan dulu, then makan ubat. Lepas tu, ubat itu buat aku sangat mengantuk. Jadi aku tidur dari jam 11 pagi sampai 6 petang..! Ambik kau..!
Sekarang dah OK sikit, tapi still rasa badan tak bermaya. Tiba-tiba saja rasa diri ni dah tua je. Sorang-sorang pulak tu..! Sedih pula rasa.
Bila time sakit macam ni, best kalau ada orang concern pasal aku. Ini, takda seorang pun kawan-kawan aku bertanya khabar. Lama dah mereka tak bertanya tentang aku. Terima kasih pada yang bertanya. Ingat juga kat aku ye.
Namun, memang betul kan. Kawan tak akan selalu ada. Family juga kalau ada pun yang akan bertanya tentang sakit demam kita. Kawan..setakat yang dia nampak saja lah. Kalau tak nampak, hanya dia assume kita sihat walafiat. Kecualilah dia dapat berita kita di masukkan ke wad atau sakit teruk. Mungkin demam adalah sakit biasa, tapi dengan satu panggilan atau satu sms, boleh buat demam tu kebah..kan..?
Aku malas nak ambil kisah sekarang. Walaupun dalam hati ni Tuhan saja yang tahu. Namun aku tak berdaya nak buat apa. Aku dah mati akal. Rasanya disebabkan benda-benda ni lah badan aku rasa lemah dan tak bermaya dua tiga hari ni.
Semangat aku hilang lagi....
tapi...ada siapa kisah ke..? Tak ada pun....
Dik... jaga kesihatan.. makan ubat jangan fikir bukan2 ok.. lagi fikir gitu nnti lagi sakit.. ada yang kisah bukan xde tau.. Jaga diri ;)
ReplyDeletethanks kak iina..
ReplyDeletedh makan ubat ni...tp tatau lah knp main2 pula demam ni.kjap ada kjap xde.