Pagi tadi bila bangun, badan rasa sengal-sengal. Satu badan sakit..!
Semalam bantai main badminton di tengah-tengah hujan. Tak lebat mana, hanya rintik-rintik saja. Dah lama tak bersukan, tiba-tiba saja nak main. Semuanya gara-gara bosan. In fact sangat bosan sebab dah lama sangat terperap dalam rumah dan juga bilik..!!
Sebenarnya ada tugas perlu diselesaikan. Alhamdulillah, rezeki di tengah-tengah sesak ini. Saling tolong menolong. Fair and square lah kan.
Dua tiga hari ini, terasa sakit kat tangan sebelah kiri. Dari atas bahu sampai ke pinggang. Pelik juga. Tak pernah rasa sakit begitu. Kadang rasa macam semut-semut je. Rasa 'serebe' kata orang pantai timur.
Semalam, masa tengah makan dengan kawan tiba-tiba rasa sakit kat dada. Menyucuk-nyucuk pula rasanya. Kawan ternampak. Dia tanya kenapa. Aku cakap tak ada apa. Dia kata, kalau sakit kat situ, better pergi check. Dalam hati aku, terasa kurang enak. Adakah aku...???
Oh tidak...!!!
Tak mungkin....!
It's a silent killer. Ramai dah yang alami. Sudden death.
Mak aku juga pergi kerana itu. Dia juga punya hyper-tension pada permulaan. Sebelum pemergiannya, dia suka mandi di malam hari. Motif...sebab baru balik dari hospital lepas tunggu ayah di wad. Sebelum tidur, haruslah mandi dulu kan. Tambah pula baru balik dari hospital. Mana tahu kalau-kalau ada yang 'mengikut' pula. Heh..! Orang kata kebetulan saja, tapi mungkin benar juga. Sepupu aku juga dulu, 'pergi' kerana itu juga, dan tabiat dia sama saja. SUka mandi di malam hari. Mengikut ilmu perubatan, badan akan rasa sejuk. Organ dalaman juga akan berlaku penyejukkan. Itu secara teori lah. Namun, itu semua adalah sebagai penyebab. Ajal dah sampai. Macam-macam boleh dijadikan sebab. Hakikat yang sebenarnya, hanya Tuhan yang tahu.
Jadi situasi itu, sedang berlaku pada aku sekarang. Sejak dua menjak, aku suka mandi di malam hari. Kenapa..? Ada 3 sebab.
1) kalau sampai rumah awal, berehat dulu sambil bergolek-golek di katil sampai terlelap. Jam 9 baru terhegeh-hegeh nak bangun mandi,sebab badan melekit.
2) sampai rumah lambat, sebab banyak kerja di pejabat atau menunggu jalan clear baru gerak balik.
3) balik lambat sebab pergi berfoya-foya dengan kawan-kawan. bukan pergi tunjuk langit pun, keluar makan dan gosip mana yang patut je..! Heh...
Maka, kerana sebab itu lah, kebanyakkan hari dalam seminggu, aku mandi di malam hari. Tak mandi, susah nak tidur pula.
Adakah itu penyebabnya sekarang..?
Kalaulah itu penyebabnya, aku harus bersedia. Harap 'diambil' terus saja sebab tak mahu menyusahkan siapa siapa kalau ditakdirkan tak berdaya seluruh badan. Kewangan pun tak banyak. Keluarga pun bukan kaya mana. Cukup untuk makan anak bini saja.
Isk..minta dijauhkan dari ujian itu pada aku. Kalau itu tandanya, harus bersedia dengan amalan yang perlu dibawa, yang mampu membantu di alam sana.
badakbiru : takut sebenarnya, tapi nak buat apa..? hanya perlu buat bekalan sebanyak mungkin dan punya masa lagi untuk kembali ke jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment