Tuesday, October 20, 2009

lama lama jadi takut

Lama tak update rasanya.
Sebetulnya banyak nak kongsi, tapi tak ada idea nak menaip. Banyak benda nak fikir dan perlu diselesaikan.

Rasa tu masih lagi ada. Dah tak tahu nak buat macam mana. Nak berterus terang, takut disalah anggap dan di chop tak rasional. Nampak saja macam tak ada apa, tapi kat dalam ni Tuhan saja yang tahu. Semua cakap, tak payah fikir lagi dan lupakan saja, tapi.....susah lah. Memang betul sedang layan rasa sorang-sorang. Bukan sebab apa, cuma sebab terlalu hargai. Inilah padahnya kalau melebihi sayang padaNYA. Bila dah jadi konflik, susah nak baik dah.

Rindu..? Haah...sangat rindu. Teringat semua yang lepas. 
Orang kata.." alah, lupakan saja.Live your life to the fullest ye.!.." 
Macam mana..? sebab masih dibayangi kesilapan lalu..
Nak having fun pun, dah tak boleh. Asyik teringat. Tak nak ingat, tapi datang juga..! 
Memang dah boleh senyum-senyum, gelak-gelak. Tapi semuanya fake..! My smile are fake..
Hidup pun, macam orang tak betul. Ada yang pernah menegur. Katanya, ibarat hidup segan mati tak mahu..
Adoiii...! Parah betul...macam orang hilang anak saja..


Itu antara salah satu benda yang selalu difikir. Ada lagi benda yang selalu menyerabutkan otak. 
Satu penantian yang tak tahu bila akan berakhir. Dah banyak masa dibazirkan. Rasa macam bodohnya selama ni...! Semua suruh bersabar lagi. Nanti nanti dapatlah tu. Nanti bila..? Ruginya selama ni.., dah tu nak buat macam mana, sebab buat keputusan ikut hati. Tak minta petunjuk denganNYA. Dah jadi macam ni, masih nak salahkan DIA ke..? Bukan salah sendiri ke tu..?


Haih...macam macam.
Makin lama, makin takut pula. Setiap hari menggigil. Sementara tunggu nak lelap, takut nak tutup mata sebab takut mata akan tutup untuk selama lamanya. Memang akan tiba, tapi harap bukan sekarang masanya. 
Setiap hari, bila buka mata, rasa kosong. Tak bersyukur betul kan..? Nasib baik masih boleh pergi kerja,bersesak dalam jalan sesak,jumpa orang orang lain walaupun banyak yang menyakitkan otak yang sedia sesak ni..! 
Setiap pagi pula, rasa serba salah. Menunggu keadaan kembali seperti biasa. Namun, macam biasa, end up akan berseorangan juga. Padan muka sendiri, tapi Tuhan lebih tahu. Lagipun, tak boleh nak sekat siapa siapa. Semua ada hak masing masing. Tambah pula tak ada pertalian. 

Ikutkan memang tak seronok, tapi hanya itu yang mampu sekarang. Lebih elok lah begitu daripada yang sebelum sebelum ni. Apa difikirkan ya.?

Dah ada komunikasi, tapi tak mesra. Lama lama, ambil jalan mudah. Buat hal masing masing. Kau kau..aku aku.
Senang kan..? Tak sakitkan hati siapa siapa lagi. Bukan ego, tapi itu jalan terbaik. 


Isk..susahnya sesuatu ikatan ni..!
Takut pula untuk tamatkan zaman ni. Takut tak boleh nak handle. Yang tak mungkin ada ikatan intim pun dah tak boleh nak handle, inikan pula yang sebaliknya. 
Bersediakah aku..? 


badakbiru : semuanya boleh selesai kalau ada tolak ansur. tapi tak semua suka untuk tolak ansur. semua ambil jalan malas nak fikir..emm..

No comments:

Post a Comment