Mencari damai dihati....
Hmm...maybe itu yang dapat aku ungkapkan sekarang. Di mana pincangnya kehidupan aku ini, hingga sukar benar hati ini untuk tenang.
Apa yang kucari dalam hidup ini..?
Aku cari keadilan
Aku cari kejujuran
Aku cari kasih sayang....dan aku cari teman berbicara
Senyum mungkin boleh aku ukirkan. Gelak ketawa juga boleh aku lontarkan, tapi sesak dihati, sebak didada,kadang-kadang tak tertanggung juga. Teringat kata Hijjaz..." cabaran dan dugaan mendewasakan usia..". Mungkin ini satu proses untuk aku terima segalanya dengan rela.
Penafian dan denial yang aku pegang selama ini. Keyakinan aku bahawa suatu hari nanti dia akan kembali.
Dua entri dari fynn jamal, betul-betul kena dengan aku.Tepat atas batang hidung pulak tuh..!
Kata fynn juga.." nasi- hat sudah menjadi bubor -ak bodoh"...
Apa yang aku nafikan, cuma aku yang tahu.
Apa yang aku cerita pada jijah, cuma aku yang tahu.
Apa yang aku cari, tak ada siapa cuba selami.
Apa yang aku dan dia tahu, hanya Tuhan yang tahu.
Kadang-kadang aku harap aku punya kelebihan Edward Cullen, si pontianak yang gilakan manusia simple seperti Bella Swan. Kelebihan yang mampu membaca minda. I wish I can read her mind....so that I will never suspicious towards her again. She is my best friend, not my lover nor my kekasih gelap. I wish I can read everybody's mind, so that I will never think negatively towards other people again.
See..??
I am wishing for something that is impossible..!!!!.
Kuatkan semangatku, dan beranikan aku untuk menempuhi semua dugaan ini.
No comments:
Post a Comment