Saturday, September 12, 2009

ada susah, tak ada pun susah

Ada susah...tak ada pun susah juga. Hurm..


Buat pertama kali dalam bulan Ramadhan ni aku berjaya bangun awal daripada biasa. Di hari Sabtu yang sangat mendung pulak tu. Heh..! Semuanya pasal Mr.Black kesayangan aku. 
Sebenarnya dah lama dia buat hal, tapi aku buat dek je. Ditambah pula sebab bajet aku sangatlah kurang sejak dua tiga menjak ni. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dah kurang kerja lebih masa kot. Haih..
Lepas berbulan-bulan aku buat dek je dengan problem Mr.Black aku tu, semalam aku rasa tak sedap hati. Maka aku bertanya dengan kawan aku. Dia kata better aku hantar dia ke 'hospital'. Buat check up je dulu. Jadi pagi tadi aku pergilah bawa Mr.Black pergi check up. Disebabkan kau lah aku bangun awal hari ni. Heh...sayang punya pasal..!
Masa aku sampai kat ' hospital' tu tak ramai yang menunggu.Rasanya tak ada orang pun. Aku sorang je!. Namun hampir 2 jam diorang check Mr.Black aku. Lama gila..! Nasib baik bilik menunggu tu ada aircond dan TV. Sempat juga aku layan tengok kartun dulu. Check punya check, 'doktor' tu pun bagitahu aku apa problem Mr.Black sebenarnya. Banyak rupanya sakit dia. Sini bocor, sana bocor. Haih...bocor lagi poket aku nampaknya. Tiba-tiba je migrain aku datang. 
Lepas 'doktor' tu check dan bagi tahu aku, dia tukar kipas Mr.Black sebab itu yang menyebabkan suhu dia naik sampai High. Nasib tak berasap je.Lepas tu,apa benda tah lagi dia tukar. Aku dah cuak,sebab takut tak cukup bajet. Nak intai-intai dalam purse, segan pula. Maka aku buat muka selamba je. Untuk part yang bocor-bocor tu aku minta quotation dulu. Manalah tahu kan, kalau aku suruh dia tukar, banyak pula kos nya. Dan firasat aku betul sebab aku agak terkedu juga bila 'doktor' tu bagi quotation kat aku. Semuanya roughly about RM1300..!!! Mana aku nak cekau weh..?? Aku memang dah cuak. Ni yang malas nak hantar specialist. Macam-macam lah yang nak kena tukar. 

Aku buat selamba je. Aku cakap, " takpa nanti saya datang balik. Tukar je kipas tu dulu". Sementara menunggu 'doktor' tu menukar kipas Mr.Black, dalam kepala otak aku memikirkan mana nak cekau duit nak bagi Mr.Black tu baik. Banyak tu. Habis juga gaji aku sebulan. Haih..inilah dia. Ada susah, tak ada pun susah. Redha saja lah. 
Pening pening pening.....petang tadi ada iftar dengan Ex-sekolah rendah pun hati tak tenang. Tambahan pula perut rasa tak sedap. Makan ayam golek 5 bintang pun macam tak ada perasaan je. Otak aku masih memikirkan masalah Mr.Black. Apa patut aku buat dengan dia..? Nak let go, sayang. Nak simpan, sesak nafas aku ni haaa..Aduhaiiii...
Bosan sungguh hidup macam ni. I have to do something for myself. Lantaklah kalau lepas ni orang nak kata aku berkira ke, kedekut ke apa ke. Mereka tak tahu kesesakan aku setiap bulan.Sesak-sesak aku pun, Alhamdulillah masih cukup makan, pakai semua. Cuma kalau emergency tu agak sukar lah sikit. Asyik kena minta ihsan kawan-kawan yang sudi beri ihsan. Terima kasih semua....Hanya Allah yang mampu balas. Aku pun akan balas bila berkemampuan nanti. 


Sampai sekarang pun aku masih fikir juga masalah Mr.Black. Nak tak nak aku kena juga cari jalan untuk selesaikannya. Hopefully seseorang tu masih sudi membantu aku.Bukan aku nak ambil kesempatan, tapi aku dah tak tahu nak minta tolong dengan siapa. Dia yang paling dekat. Akan aku beritahu dia face to face. Tidak lagi mahu berkias-kias. Lebih senang kalau dengar dari mulut dia sendiri. 


Aduhai Mr.Black ku....kenapa kau tak habis-habis bikin aku fening..!!!


badakbiru : Mr.Black adalah kereta kesayangan aku..hehe

No comments:

Post a Comment