Cuti Tahun Baru semalam aku tidur sepanjang hari. Heh....macam tunggang terbalik pula rasa dunia ni. Aku serabut sangat. Jadi aku rasa lebih baik aku tidur dan tak pedulikan apa yang berlaku. Malas dah aku nak ambil kisah. Lagi sakit otak aku ni adalah kalau aku ambil tahu hal-hal tersebut.
Aku tahu ianya agak pentingkan diri dan kejam, tapi aku dah tak mampu untuk memikirkannya. Aku perlukan ruang untuk bersendirian lagi...Iya...aku perlu bersendirian lagi. Its makes me peace.
Aku bangun tidur lebih kurang jam 6 petang. Aku dah bangun jam 9 pagi. Golek-golek kejap, aku tidur balik. Bangun semula jam 2 petang, solat dulu kemudian sambung tidur balik. Haha..
Aku paksa diri bangun juga jam 6 petang tu. Kalau tak, mahu nya sampai malam aku tidur dan bangun esok pagi..! Gila ahh.....
Bila malam, aku lepak tengok TV. Terima kasih pada rakan serumah yang dah siap masak. Aku tukang makan je. Maaf ye sebab aku selalu saja malas bangun pagi dan buat kerja rumah, but I do care about happen in our rented house though.
Lama-lama tengok TV bosan juga. Dalam tengah ralit tengok TV, aku tiba-tiba rasa sunyi yang amat. Aku teringatkan arwah mak. Kenapa aku sangat rindukan dia ketika ini? Aku rindu sangat....dan aku rasa takut dengan hidup aku. Aku terfikir apa kesudahan hidup aku. Kata-kata semalam buat jiwa aku tak tenang. Mungkin juga sebab dah beberapa hari aku lalai.
Mak.....adik rindukan mak....
badakbiru: Malas nak peduli apa orang fikir.Yang penting aku bukan seperti yang disangkakan
No comments:
Post a Comment