I guess, I'd leave this blog quite for some time again. Isn't it? I'm a bit busy lately. Tiba-tiba semangat datang balik pula, after my last entry. I did had some chit chat with a friend about my entry yang bertajuk rezeki. Ikutkan, aku malas nak mengadu pada sesiapa, tapi masa tu aku dah tak boleh nak tahan. Setiap saat,rasa macam nak menangis je. Then at last I'd told my worries to a friend. After some advise and opinion from her,then I'm feel released..! Thanks my friend for always be with me all the way long.
Sebenarnya dua tiga hari ni banyak benda yang buat aku serba salah. Kadang sampai sakit kepala ni rasanya, sebab terlalu memikirkan masa depan. Semua benda terlintas di kepala ni. Sebagai contoh..aku fikir, apa impaknya kalau aku buat sesuatu tu. Adakah ia akan beri kesan pada kehidupan orang lagi..? Aku tak nak pisang berbuah dua kali lagi.
Banyak benda yang menyesakkan dan menyemakkan otak aku sejak dua menjak ni. Lebih kurang sebulan lebih lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2010 akan membuka tirainya. Pantas betul masa berlalu. Tak sedar betapa pantas masa meninggalkan aku dan begitu pantas juga sesuatu perkara itu berlaku dan berlalu.
Sebuah kehidupan.
Sebuah perkenalan.
Sebuah persahabatan.
Sebuah kegembiraan, kesedihan, kesengsaraan, ketenangan.
Sebuah perpisahan dan macam-macam lagi.
Itulah fitrah hidup didunia.
Everything happen for a reason, and the reason of it, only God knows why..
Everything happen for a reason, and the reason of it, only God knows why..
Perkara yang sering buat aku serba salah adalah yang berkaitan dengan Encik Black. Sejak dua menjak ni, banyak sungguh masalah dia. Kadang aku rasa macam dia tu ada perasaan pula. Iya lah. Kalau tak silap, dalam bulan lepas banyak kali juga aku terfikir nak tukar baru dan dah pergi usha kat showroom yang berhampiran. Agaknya sebab tu lah dia merajuk dengan aku and give me a lot of troubles lately..! Tiba-tiba teringat pula masa zaman sekolah rendah dulu. Zaman yang cikgu suruh buat karangan, sebagai contoh, dengan tajuk Aku Sebatang Pen. Heh...Mesti karangan akan dimulai dengan mula-mula beli pen tu, lepas tu bila dah buruk tuan pen akan beli pen baru dan pen lama dibiarkan macam tu je. Pen lama pun sedih. Dan macam-macam lah kisah seterusnya tu kan. Umpama pen itu ada nyawa dan punya perasaan. Heh...! Nampaknya otak aku masih dibayangi mentaliti tu lah..Sungguh tidak matang betul...!!!
Dan ada beberapa lagi perkara yang selalu buat aku serba salah. Bermula dengan Encik Black tu, ia akan membawa kepada banyak rasa. Kadang-kadang boleh aku rasa nak menjerit kuat-kuat je, sebab tertekan. Berpunca dari itu juga, aku rasa tak tenang. Kepala asyik serabut je. Bercerita dengan orang yang tak faham situasi aku, lagi menyakitkan hati. Maka sebab itu, aku lebih banyak mendiamkan diri dan tidur. Bukan aku terasa hati atau merajuk dengan sesiapa, cuma aku taknak disebabkan rasa serabut di kepala ni, buatkan aku marah orang lain dan menyalahkan orang yang tak bersalah.
Masalah-masalah ini juga banyak buat aku berfikir dan berubah. Ikut hati, memang aku kesal dan tak tahu nak kata apa. Kadang aku rasa,betapa manusia ini mudah lupa dengan nikmat yang Tuhan bagi.
Hidup umpama roda. Kejap kita di atas, kejap kita kat bawah. Tak semestinya kita akan selalu senang dalam menjalani hidup di muka bumi ni. Esok lusa entah-entah kita pula yang akan menerima nasib macam orang tu. Siapa tahu kan. Semua tu di tangan DIA.
Semua ni buat aku menginsafi diri aku. Aku tahu aku banyak buat salah. Mungkin aku menjaga hubungan aku dengan pencipta, tapi aku rasa aku gagal dengan hubungan sesama manusia. Kadang semua tu buat aku takut untuk buat apa-apa lagi kerana aku takut aku menyakiti lagi. Lebih baik aku diam dan buat kerja aku sahaja. Tak puas hati, biar pendam sorang-sorang.
Tak semua orang fikir macam aku fikir.
Tak semua orang sama dengan aku.
Tak semua orang rasa macam aku rasa.
Sebab Tuhan ciptakan manusia itu sama luarannya tapi berbeza dalamannya.
Kerana itu, aku terima semua ketentuanNYA.
Bukan aku putus asa dengan takdirNYA.
Bukan aku kecewa dengan sikap manusia..tapi aku cuma ingin merenung semua apa yang telah aku lakukan selama ni.
Pahit manis kehidupan...
Baik buruk sikap aku...
dan macam-macam lagi.
Aku harap Tuhan ampunkan aku dan mereka-mereka yang terlibat sebelum ini sudah mengampunkan aku sepenuhnya.
badakbiru : taktahu sampai bila akan membawa rasa bersalah ini bersama...
No comments:
Post a Comment