Wednesday, November 25, 2009

Dah Raya Haji..?

Cepatnya..!!!


Rasa macam baru je aku post entri pasal beraya seorang diri di bandar ni tahun lepas. Tup tap tup tap, dah nak Raya Haji untuk tahun 2009 dah. Ya Rabbi..cepat betul..! Maka dengan itu, setahun jugalah usia 'sesuatu' itu. 

'Sesuatu' yang buatkan aku...
diam seribu bahasa,
kembali menyendiri,
kembali menanam emas dalam mulut dan yang paling ketara, yang membuatkan hilang selera makan dan turun berat badan..!


Keadaan pun dah makin OK aku rasa, cuma masih lagi tidak seperti dulu lah. Berat badan aku pun dah makin naik juga..!Adoi...
Sebabnya, hati dah rasa gembira sedikit. Kenapa dah boleh gembira..? Biarlah aku je yang tahu sebabnya. Aku bersyukur pada Tuhan, dan berterima kasih padaNYA. 


Nampak sangat dunia dah tua. Masa berlalu dengan cepat. Iyalah. Rasa baru saja masuk hari Isnin, esok dah Khamis. Dah nak raya. 
Sama juga dengan 'sesuatu' itu. 
Tahun lepas, pengorbanan aku sebab tak balik kampung adalah untuk menyiapkan kerja. Dan juga kerana merajuk. Heh..
Namun tahun ini, aku harus balik. Kesian anak anak buah aku di kampung tu. Kalau aku tak balik, entah siapa yang nak melayan kerenah diorang. Ikutkan hati, aku boleh buat tak tahu dan keras hati aku, tapi orang kata "air dicincang tak akan putus". Betul tak..? Lagipun arwah mak dulu selalu berpesan. Kalau tak suka pada orang lain pun, ingatlah darah daging kita sendiri. Jadi sebab itu aku lembutkan hati aku untuk balik beraya di kampung. Kebetulan pula, semua kawan serumah aku balik kampung. Tak sanggup dah rasanya beraya seorang diri lagi tahun ni..! 


Tak ada nak catit lagi rasanya. Walaupun sebenarnya banyak rasa dalam hati ni. Bercampur buar. Sedih ada, suka ada, gembira ada, kecewa ada dan macam macam lagi. Tapi yang paling ketara yang ada ialah perasaan rindu dan rasa bersalah yang akan terus menghantui aku sampai bila bila. Kemesraan dan keakraban nampak seperti terlalu payah nak kembali lagi. Namun aku tak kisah. Cukuplah sekadar kalau sudah ada 2 way communication dan bergelak ketawa sekali sekala. 


Apapun, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua especially kak iina..:)


badakbiru : ada cerita nak tulis pasal Hot Chat pagi tadi, topiknya Gangguan Di Pejabat. Tungguuuu...

2 comments:

  1. Salam Aidiladha dik.. selamat balik ke kg.. mandu hati2.. eloklah pakcik tuh dah xkacau.. pelik sungguh zaman skrg nie.. ambil kesempatan sebab benda2 personal.. apa pun jaga diri ok.. senyum2 happy raya nanti

    ReplyDelete
  2. Kak Iina...

    Thanks.
    Bkn sy yg mandu,org len yg mandu. sy duk blkg tido jek.! hehe...
    tu la kan..ramai sgt yg suka amik kesempatan skang ni

    ReplyDelete