Aku tengah pening...!!
Yang tak best nya, time ni lah macam-macam keluar dari kepala otak ni. Mula mula pening pasal kerja aku ni, tiba tiba pula terfikir benda lain. Hadoi...!
Hari ni hati rasa bercampur baur.
Satu masalah dah settle last week. Aku dah dapat selesaikan masalah Encik Black. Terpaksa korek yang mana ada nak tampung kos pulihkan Encik Black. Dah tu semalam, rakan aku bertanya Encik Black dah OK ke tak. Aku jawab..boleh lah. Kalau nak lagi power, budget pun kena banyak lah. Dia senyum je. Bukan apa. Aku tak berani nak cakap dah OK, sebab tak tahu di kemudian hari. Cuma, major problem Encik Black tu dah settle la.
Namun begitu, ku sangka panas sampai ke petang. Pagi tadi Encik Black buat hal lagi...! Rasa nak menjerit je pagi tadi. Huhu..sedih betul. Padahal bukan rosak apa pun. Cuma tiba tiba je lampu belah kiri Encik Black terkulai. Maka..akan terbang lah duit aku lagi. Aku dah malas nak fikir pasal dia lagi. Kejap lagi tampal celephone tape jek. Asalkan enjin dia OK dan aku still boleh bawa dia pergi balik kerja pun dah cukup bagus. Lagipun aku dah malas nak sakitkan otak aku dengan benda-benda remeh lagi.
Enough about Encik Black.
Dua tiga hari ni aku rasa tenang sikit. Hati rasa gembira saja. Bibir pun mengukir senyum selalu. Kalau ada masalah yang timbul pun, aku buat tak tahu saja. Biarkan ia begitu dan lama lama OK lah tu. Biarkan orang orang lain pula fikirkan masalah yang timbul itu.Heh..
Pagi tadi pula, ketika tengah mandi sempat lagi aku terfikir. Jika kita yakin dengan kewujudan Tuhan dan yakin bahawa semua yang berlaku pada kita semuanya dariNYA, kita akan yakin DIA akan bantu kita selesaikan perkara itu. Aku lega.
Mungkin tempohnya agak lama dan keadaan bukan lagi seperti biasa, namun berkat kesabaran dan yakin dengan janji Tuhan, aku dapat atasi semua yang berlaku. Selama ni aku rasa, patutkah aku rasa begitu sebelum ni..? Sekarang aku agak, ada betul juga rasa aku sebelum ini. Cuma aku tak ada bukti.
However, half of me happy with the situation right now,whereas the other half, not so happy with all these. Its true that I can smile, can laugh, can talk to all people around me right now, but deep down in my heart, I'm still remember those memories. I cannot do anything right now. I just can let it be as is.
Semakin hari pula aku semakin takut menghadapi dunia. Semalam sebelum tidur aku terfikir apa nak buat hari ni, tapi tiba tiba aku jadi takut bila teringatkan yang kita hanya sementara di muka bumi ini. Aku terbayang apa agaknya yang bakal aku hadapi seterusnya. Di dunia ini, mungkin aku sentiasa rasa sunyi dan keseorangan, tapi aku masih boleh mendengar dan melihat gelagat orang sekeliling aku, dan mungkin aku masih boleh respons kepada mereka. Namun, bila di alam kubur nanti, sorang sorang. Gelap gelita. Sempit, dan macam macam lagi. Tak ada siapa dapat tolong kita kecuali amal ibadat kita. Scary dowh..!!!
Untuk kata amalan dah cukup, agak melampau rasanya. Macam macam boleh terjadi dan harapnya minta dijauhkan. Dan untuk itu, malam tu aku takut untuk lelapkan mata, dan tak aku sedar..aku menangis. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku fikirkan, adakah aku akan akhiri hidup di dunia ini seorang diri..??
badkbiru : semakin hari semakin takut dengan dunia akhir zaman
No comments:
Post a Comment