Hari yang sangat horror semalam..!! Rasanya yang sangat horror in my entire life kot.
The story goes like this.
Sejak awal tahun ni, someone always forwarded emails to me, and the person is a guy. So, I am curious who is he as I did not know or even pernah berurusan dengan dia. Nama pun tak pernah ada dalam list orang yang pernah aku berurusan. Mula-mula aku buat tak tahu,tapi lama lama aku makin rasa ingin tahu siapa dia tu. Aku reply balik email email yang di hantar pada aku, untuk mengetahui siapa dia. Dia reply, tapi jawapan dia tak buat aku puas hati. Aku nak juga tahu siapakah orang tu. Tak kan lah aku ni ada peminat misteri pula kan. Dah lah dia pun tak pernah berurusan dengan aku. Satu company, but from different department and office. Memang totally tak pernah jumpa atau terserempak.
Then, yesterday I've decided to get to know that mystery guy. Aku acah dia untuk berjumpa dengan aku. Tak aku sangka dia nak jumpa. Dalam hati aku berkata.." Ok gak ni. Boleh buat kawan time bosan." Haha...jahat gila aku ni..!
So after a few information and picking up place to meet, then I'll go to meet him. Kira macam blind date la ni.
Aku tunggu dalam kereta. Orang tu datang naik LRT.Masa tunggu tu, aku nampak seseorang. Nampak macam boleh tahan juga, tapi bukan itu orang yang aku tunggu. Then, ada seorang lagi. Aku dah mula tak sedap hati. Tak kan lah orang tu yang nak jumpa aku. AKu rasa macam nak melarikan diri. Dalam hati aku doa, minta minta la bukan orang tu yang aku tunggu. Aku dah tak senang duduk. Bila aku sms, aku tengok orang tu yang pegang telefon dia. Aduhhh...memang orang tu yang tengah menanti aku..!!! ( sambil tepuk dahi ).
For my surprise, orang tu sebaya dengan pakcik aku...!!! Oh nooo....sesak dada mak ni haaa.....Menyesal gila babas lah.
Aku dah tak boleh nak melarikan diri. Pakcik tu ajak aku pergi makan. Sampai di kedai makan, aku order dan lepas tu sembang apa yang patut. Aku dalam hati dah meluat gila. Tak padan dengan uban di kepala, nak menggatal lagi. Kalau bujang dan kaya,OK lah juga nak menggatal dengan aku. Tak pun kalau muka macam ala ala Eizlan Yusoff dalam filem Pisau Cukur tu OK lah. Tua pun tua lah kan. Aku rembat je..! Namun yang ni, aku hanya borak umpama seorang orang muda yang patut hormat orang tua. Macam ayah dengan anak je heh..! Masa sembang pun banyak kali aku tersasul sasul panggil pakcik. Dia pula asyik ber I U dengan aku. Adoi...geli rasa bulu hidung aku..! Aku tak tahu nak sembang pasal apa, sebab hati dah tak nak kan. Layan pun sekadar tak nak buat dia malu atau kecil hati. Bila makanan sampai, aku hanya makan saja. Tak bercakap apa. Selesai makan, dia suruh aku order air lagi. Konon nak duduk lama lagi lah kat kedai makan tu, tapi aku kata tak apalah. Lepas tu, aku buat menguap lah, buat muka boring lah. Akhirnya dia ajak balik. Tu pun naik kereta aku OK. Aku hantar dia ke stesen LRT je. Tak kuasa heh nak pergi hantar sampai rumah. Pandai pandai lah kan nak cari jalan pulang.
Bila pakcik tu berjalan ke stesen LRT, aku menjerit sekuat hati dalam kereta. Menyesal nya...!!!!! Lain yang aku harapkan, lain pula yang datang. Hadoi....
Kesilapan aku ialah, pakcik tu ada nombor telefon aku. Dan kerana itu, bila aku sampai saja di rumah semalam, dia call. Aku layan tak nak layan je. Alasan diberi, aku dah mengantuk dan penat. However, tadi dia baru saja call. Dia guna nombor telefon pejabat. Dia nak ajak aku keluar lagi esok. Oh no..!!!! Tak sanggup aku nak keluar dengan dia lagi. Dengar suara dia pun aku dah naik geli. Sebaya ayah aku tu. Tak sanggup aku..!!!
Jadi sekarang, aku sangat kusut. Macam mana aku larikan diri dari pakcik gatal ni..? Aku yakin dia akan terus call atau sms aku lagi. Dia ajak keluar esok pun aku bagi alasan aku banyak kerja nak buat. Aduh....sakit dada betul lah macam ni..huhu
badakbiru : blind date sebelum ni dapat yang lebih muda pula. ni terlebih umur la plak....nasib nasib nasib....
Dik.. best way.. terus terang jek.. senang dan abis cerita.. akak rasa itu the best sekali.. sebab dah mmg xsuka kan.. so kenapa nak paksa diri layan.. ckp terus terang.. sejak jumpa semalam.. tak rasa selesa nak berjumpa lagi sebab beza umur. Akak nasihatkan do it now sementara masih awal.. jgn tunggu dan ada rasa belas kasihan.. terus terang ok.. sbb itu yang terbaik
ReplyDeletekak iina...
ReplyDeleteu think so..? takutlah. buatnya pakcik tu guna cara jahat ke.naya je saya. bukan leh caya org zaman skang.
apa yg sy buat skang is, dia call sy tak jwb.dia sms pun sy buat dono je. lama2 dia phm sendiri la kot. lgpon dia tu dh ade bini, maybe dh ade anak sebaya saya. dia tu bukn ikhlas nk kawan tu, saje je nk main2. tak sedar kubur kata dtg,umah kata pergi..huhuh