Tuesday, November 03, 2009

malang tak berbau

Malang tak berbau kan..? Kalau berbau, mestilah kita akan selalu berhati-hati dan tak akan ditimpa musibah atau masalah.
Why I'm saying this..? 
Remember my entry about Mr.Black..? Last Thursday, a woman accidentally hit his butt...! uwaaaaa.....Nasib baik tak ada apa-apa yang jadi pada aku. Cuma terkejut je. Butt Mr.Black je lah dah 'rebeh' sikit.


The story goes like this...

On that day, my mood memang sangat tak baik. Aku sedang berperang dengan perasaan sendiri dan aku sedang menahan kemarahan, kesakitan hati dan ketidakpuasan hati. Muka kelat je hari tu.Emosi juga sangat tak elok. I think I am mistakenly questioning DIA why my life are really bad. Rasanya aku salahkan takdir on whatever happen to me lately. I am really depress and tension with the entire problems that I'm facing lately. Hati aku sangat marah dan aku salahkan semua orang. Aku bukan sengaja, tapi kekangan kehidupan buat aku hilang kawalan. I really can't take it anymore..! Kebetulan pula seorang makcik kat office aku tu dari pagi sampai ke petang, asyik nak menyakitkan hati aku, nak menyalahkan aku, nak emo tak tentu pasal dengan aku. Apa masalah dia, aku pun malas nak ambil tahu.


Then, I go back early that day,sebab dah tak boleh nak tahan rasa marah dalam hati. Kebetulan jalanraya tak terlalu sesak. Lebih kurang jam 6 petang, aku bergegas keluar dari office.Sepanjang perjalanan dari office ke setengah perjalanan balik ke rumah aku, pemanduan smooth je. Bila sampai ke tol, jalan dah mula sesak. Masa tu juga tiba-tiba saja aircond Mr.Black buat hal.Tengah-tengah sesak macam sardin tu pula dia tak sejuk. Dah la hati aku tengah panas. Dia pula buat hal. Maka aku pun adjust apa yang patut. Namun, dia tak mahu elok. Aku bagi signal nak tukar lane. Elok-elok aku dapat tukar lane, tiba-tiba ....GEDEGANG..!!! Badan aku terinjak kedepan,bunyi kaca pecah dari arah belakang. .Nasib baik aku pakai seat belt. Kaki aku secara automatik menekan brek, nak mengelak dari melanggar kereta di hadapan. Hentaman tu kuat bunyinya. Pandangan aku pun tiba-tiba gelap. 
Aku panik.
Aku rasa nak menangis.
Aku rasa takut...sebab aku memandu seorang diri hari tu. 
Aku tak tahu nak buat apa.


Aku keluar dari kereta. Tengok ke belakang, bumper Mr.Black 'dicium' cik kuning. Berpusing rasa otak aku time tu. Owner cik kuning juga keluar dari kereta dan terus minta maaf dengan aku. Terus aku tak jadi nak maki hamun dan marah dia. Aku mati akal, tak tahu nak buat apa. Guess what..? Siapakah orang pertama yang terlintas di kepala aku..? Yes..that person. I'm also don't know why and how it happens. Orang kata bila dalam kebuntuan begitu, wajah orang yang kita sayang yang akan muncul di saat-saat itu. Maka persoalan yang timbul....
Aku sayang dia ke..??? Errr...maybe, but not like pasangan kekasih lah. 


Actually, I have no idea dengan tindakan aku tu. Ianya satu tindakan reflek yang tidak dirancang. However, that person also can't help me. Dia cuma boleh bagi jalan macam mana aku nak selesaikan masalah accident yang aku alami tu. Itu pun dah kira bersyukur lah kan, because I am indeed do not know what to do..!

Masa tu apa yang aku fikir is..mana aku nak cekau duit nak baiki kerosakan tu. Dah lah sepanjang bulan ini,banyak dah hal Mr.Black ni buat. Sakit kepala aku memikirkannya. Minggu lepas aku baru saja befikir untuk let it go, tiba-tiba orang sondol bontot pula..Aduhai..!
Setelah beberapa saat baru aku terfikir untuk call someone related to me. Macam mana boleh tak terfikir nak buat begitu dari awal..? Owner cik kuning tu pun call abang dia. Setelah hampir 2 jam menunggu dan berbincang, akhirnya owner cik kuning akan membayar segala kos kerosakan yang aku alami. Aku nak mita duit, tapi dia tak nak bagi. Dah lah langgar my sweetheart, tak nak bayar pula. Kalau ikutkan aku nak yang sama dan keadaan sama macam sebelum dia langgar. Namun, aku perlu bertolak ansur. Memanglah sebelum dia langgar keadaan kereta aku masih elok, dan disebabkan kecuaian dia keadaan kereta aku dah cacat. Value dia pun akan jatuh. Namun aku juga terfikir, macam mana kalau benda tu jadi pada aku dan aku minta budi bicara orang tu.? Macam mana kalau orang tu berkeras nak minta duit juga setelah aku offer untuk tanggung segala kerosakan..? That is why aku terima offer dia. Memang dia cuai, tapi benda dah nak jadi. Mujur dia dah sudi nak tanggung semua kos. Kalau dia lari..? Siapa nak tanggung..? 
Setelah itu aku balik ke rumah. Expecting something, but nothing happen. Benda lain pula yang jadi. So, that's it. What you give,you'll get back. Itu saja yang boleh aku katakan. I cannot expect more than that again. Pengalaman lama dah buat aku faham.

Jadi, semua kejadian tu buat aku terfikir. Apa silap dan kealpaan yang dah aku buat sehingga aku ditimpa malang yang tak berbau tu..? Mesti ada sesuatu yang aku terlepas pandang yang menjadi punca aku telah terima ujian tu. Atau apakah hikmah di sebalik ujian itu yang Tuhan nak tunjuk kat aku.?


badakbiru : sesuatu yang aku harapkan, tidak patut ditulis disini

2 comments:

  1. Dik.. abis kereta dah ok belum nie.. yg langgar tuh dh byr blum?

    ReplyDelete
  2. yg rebeh tu dh OK. yg lggr tu dh byr dan baiki sekali, tapi problem lain pula yg timbul...aduhai....tggu next entri ye..:)

    ReplyDelete