Monday, January 04, 2010

mix emotion

First entry for year 2010.

Awal awal tahun lagi Tuhan beri aku rasa gembira..! Syukur alhamdulillah.
3 hari lepas pun aku rasa tenang dan relaks. Percutian di Pulau Pangkor, bolehlah dikatakan seronok. At least I get time to release all the tension in my mind..!
Apa yang aku seronok kan hari ni..? Something happen, dan aku rasa terharu sangat. Sampai rasa nak pergi peluk cium pulak..! Heh..

Hobi aku sejak dua menjak ni ialah aku suka tengok satu aplikasi dalam Facebook. Nama aplikasi tu, Your Daily Advice. Jadi, tahun lepas ada satu advice yang aku baca ialah.." Your persistance will pay off..." .Bila baca tu, terdetik di hati aku, alangkah bagusnya kalau semua tu betul. Aku juga terfikir, tabah sangat ke aku selama ni.?Heh..
Then, for my surprise..it happen today. Apa yang aku boleh katakan, aku amat bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan. It is about the mistake I've done in last year. I hope everything will back to normal. I really really wish it will..!

One more thing, aku selalu tertanya pada diri aku. Kenapa orang selalu rasa mereka menyusahkan aku..? Orang kat sini biasanya yang rapat dan baik dengan aku. Orang yang tak pernah minta bantuan dari aku kecuali aku hulurkan. Alasan yang selalu diberi bila ditanya..' Kenapa tak cakap dengan aku'..sama ada:

i ) malas susahkan aku atau
ii) diam sahaja

Aku bukan seorang yang baik hati dan seorang yang pemurah pada zahirnya. Apa jua yang aku buat selama ini hanyalah semata-mata apa yang memang patut dibuat sebagai seorang manusia yang tak sempurna di muka bumi Tuhan ini. Lagipun tak ada ruginya kalau buat semua tu, walaupun tak ada balasan. Apa yang penting, aku dapat buat rasa beban di hati seseorang tu hilang atau keresahannya hilang. Itu dah cukup untuk buat aku rasa aku punya seseorang di bumi ini dan cukup buat aku rasa gembira. Itu saja yang aku nak, sebab aku tak pernah dihargai selama ini. Oleh siapa..? Biarlah aku saja yang tahu, tapi ia tak ada kaitan dengan seseorang yang bergelar 'kawan'.

Mengenai percutian di Pangkor tu, tidak aku cakap best sangat sebab kenangan lama masih datang dalam kepala aku..!!. Padahal, yang turut serta dalam percutian tu sangat baik hati dan sangat sporting. Cuma, aku tak dapat nak gembirakan hati aku dan menikmati suasana itu. Semuanya sebab mereka semua ada orang yang sangat faham dengan mereka.
Orang yang boleh mereka bergelak ketawa bersama.
Orang yang boleh mereka berposing sambil bergambar bersama.
Orang yang boleh mereka borak lama-lama dan duduk di tepi pantai sambil menyanyi riang..
Semua tu buat aku teringat dan terkenangkan masa silam aku..!!!

Tak suka betul lah..!
Aku nak move on dan mulakan hidup baru, tapi kenapa susah sangat..? Argh..!

badakbiru : tak ada berita gembira aku dapat mengenai career aku. gagal lagi kah..?



4 comments:

  1. Sometimes u just have to let go.. yang dah lepas tetap dah lepas.. yang ada kena teruskan.. ambil yg dulu untuk dikenang bila perlu sahaja.. atau ambil yg lalu utk difikirkan satu masa.. dan lepas itu tanamkan azam utk terus melangkah ;)

    ReplyDelete
  2. memang susah nk move bila kita rasa mcm dh ada dlm zon selesa. aku pn ada masalah tu..slow slow.pasti okey!

    ReplyDelete
  3. Salams.

    Duka akan menjadikan diri kita lebih mengenal kekuatan sebenar yang tersembunyi.

    Kamu tidak gagal...tapi memulakan kejayaan.

    ReplyDelete
  4. kak iina,
    itu lah kak. it's easy to say, but it's hard to execute.I'll try and keep trying..

    dalila,
    tu lah kan. hopefully i will success someday..thanks

    iris,
    yep btol. I am stronger because of that failure.Hopefully i will success..pray for me OK..;)

    ReplyDelete