Ada yang kata aku ni...
Bodoh
Siksa diri
terlalu lembut
baik sangat dan macam macam lagi.
Tapi aku tak kisah semua itu. Ye ke..? Mungkin itu semua dulu.
Sekarang aku dah sedar. Sedar bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Walau sekuat mana kepercayaan aku akan sesuatu itu akan kembali pulih, kalau Tuhan cakap tak mungkin, maka ianya tak mungkin.
Atau mungkin juga memang sesuatu itu bukan yang terbaik untuk aku. Sudah terang lagi nyata.
Apa yang aku melalut ni..?.Heh..
Sebenarnya ada sesuatu terjadi hari minggu lepas. Dah lama sebenarnya benda tu, tapi aku masih menaruh kepercayaan. Aku pun tak tahu kenapa aku sangat yakin. Sedangkan dah bermacam benda terjadi dan dah menunjukkan buktinya. Sebab itu ada yang fikir aku ni bodoh..! Haha..Lantak lah. Aku tak kisah pun. Lagipun tak ada siapa yang paksa dan suruh aku buat semua tu. Aku sendiri yang nak buat. Mereka-mereka yang terlibat pun tak pernah minta dan suruh aku buat macam tu.
Tapi...hari ni, aku terfikir.
Aku perlu pergi....macam lagu Aizat yang menang Juara Lagu semalam.
Mungkin apa yang berlaku penghujung tahun 2008 itu cuma sebagai penyebab sahaja. Mungkin rasa tu dah lama hilang agaknya. Bila berlaku sedikit kesilapan, maka luka dia dalam lah. Tertoreh besar sikit. Walau dah jahit pun, mesti ada parut kan.
Tapi bagi aku, itu semua mainan hati. Kalau manusia itu melihat sesuatu itu dari sudut berbeza, mungkin banyak hubungan boleh dipulihkan dalam sekelip mata sahaja. Tak kira lah hubungan antara suami dan isteri mahupun hubungan persahabatan.
Sebagai contoh,jika seorang kawan rapat kita tiba-tiba tanpa dia sedari melakukan sesuatu yang tak kita jangka . Kemudian kita dapat tahu. Kita marah dia, dan mungkin segala kepercayaan kita pada dia dah hilang. Sedangkan sebelum itu, dia tak pernah melakukan sedikit kesalahan. Ok..tipu...mungkin dia pernah melakukan kesalahan tapi kita biarkan saja. Kemudian dia minta maaf, merayu dengan kita. Kita buat dek je. Biarkan dia layan perasaan dia. Biarkan dia. Siapa suruh buat benda-benda bodoh tu tak fikir dulu..?. Kita dah maafkan dia, tapi untuk kita jadi kawan rapat dia....kita tutup pintu hati kita, tanpa kita sedar dia tak ada siapa-siapa lagi kecuali kita. Dan seterusnya kita dan dia jadi seperti orang asing, tanpa kita sedar betapa dia harap kita bagi dia peluang kedua untuk tebus kesalahan dia. Kita pun cakap, kita dah maafkan dia. Dan akhirnya, semua hubungan rapat selama ini, hilang dan tamat setakat tu je. Ini contoh je ye. Tak ada kena mengena dengan sesiapa. Kalau ada pun, mungkin secara kebetulan.
Jadi, aku fikir..semua itu tak mungkin berlarutan lama jika kita tahu hati budi kawan rapat kita. Nama lagi kawan rapat. Cuma kita perlu ingat, kita manusia, dia juga manusia. Mana ada manusia tak pernah buat silap. Mana ada bumi yang tak pernah ditimpa hujan. Walau tengah padang pasir pun ada hujan juga kan. Maka, takkan kerana secebis kesilapan, kita nak lupakan semua yang kita lalui dengan dia semasa kita dan dia bergelar kawan rapat.? Pernah tak kita terfikir. Mungkin ketika itu dia sangat perlukan kita tapi kita tak ada di sisi dia sehinggakan dia buat sesuatu perkara yang kita tak jangka. Mungkin dia ada sesuatu yang dia pendam sendirian dan mengharapkan kita untuk mengurangkan beban dalam otaknya. Walau kita bukan seorang pendengar yang baik, mungkin kita boleh bantu untuk dia lupakan masalah yang dihadapinya. Mungkin kita boleh ajak dia keluar bersama, buat aktiviti yang boleh buat dia lupa masalah dia. Bukankah kita kawan rapat dia..?
Ermm..
Aku rasa jika semua berfikiran begitu, mesti ramai yang kembali rapat dengan kawan rapat masing-masing kan walaupun parut itu ada. Atau mungkin kurang juga statistik perceraian yang dicatitkan, jika pasangan suami isteri pun berfikiran begitu. Namun semua itu mustahil kan.
Sebab manusia itu EGO..!!!
badakbiru : mencari kekuatan untuk blah..

Kadangkala kesilapan itu perlu untuk mengajar kita erti hidup. Lebih menghargai hidup. Kesilapan demi kesilapan...jangan sampai kesilapan menjadi kesalahan.
ReplyDeleteKerana kita lah manusia yang serba kekurangan.
Ayuh bangkit teman.
Iris.
ReplyDeleteThanks sahabat..
utk bangkit, aku kena blah...that's the best way to all...