Tuesday, May 19, 2009

tak ada semangat

Semalam aku bangun dari tidur, otak aku rasa kosong lagi. Monday blues kot. Tak ada semangat je. Sejak 2 menjak ni, selalu sangat aku tak ada semangat. Sebab aku tak lagi rasa happy. Semuanya pasal kes hujung tahun lepas. Walaupun semuanya dah kembali reda, tapi luka tu masih ada. Chewahh..macam orang putus cinta je gayanya. Padahal tak pun...!!

Dan memang pagi semalam rupanya semua orang Monday blues daa..kat office pun tak ramai orang. Lagilah tak bersemangat. Ditambah pula kerja aku dah tak banyak sangat, jadi aku naik bosan sebab takde kerja..! Bila takde kerja, otak aku ni suka fikir yang bukan-bukan. Mulalah nak sedih tak tentu pasal..! Bila tengok orang lain banyak aktiviti, terasa lah aku ni takde life. Asyik terperap je kat bilik bila balik rumah. Nak bersukan, lutut aku masih injured lagi. Doktor suruh stop kejap, bagi baik sikit baru boleh bersukan lasak-lasak sikit. Haih...dah la semua sukan yang aku suka tu jenis yang menggunakan anggota kaki.

Disebabkan semangat tak ada, aku balik awal semalam. Nasib baik jalan tak lah jammed sangat, tapi aku takde perasaan pun. Jauh fikiran aku melayang sambil memandu tu. Macam-macam benda aku ingat dan teringat. Mostly, time happy dengan kawan-kawan lah. Dalam sungguh aku fikir semalam. Lepas satu masalah,datang pula masalah lain menimpa aku. Result blood test minggu lepas pun agak menggerunkan dan menyerabutkan otak aku juga. Is this the end of my life already..??? Why all these should happens to me.? Am I not good enough all this while.? Besar ke salah yang aku lakukan sampai aku kena terima semua ni..? Aku tanya diri aku. Aku fikir sedalam-dalamnya. Aku harap sangat untuk mulakan hidup baru, tapi ada saja halangannya. I guess, to make myself happy again, I have to find another life. I cannot stay here anymore. Sebab parut tu masih ada kat situ. Tapi macam mana..???

badakbiru: serba salah dalam semua hal..nak buat takut orang taknak terima dah. Tak buat takut hilang terus..what should I do..??

No comments:

Post a Comment