Pagi tadi, seorang makcik cleaner mendekati cubicle aku. Tunduk saja dia, minta izin dengan aku untuk sapu lantai berhampiran cubicle aku. . Hari ni seorang makcik yang agak berumur yang buat. Bukan orang yang biasa membersihkan pejabat aku. Aku bangun dari kerusi dan biarkan dia bersihkan tempat aku. Slow je dia sapu sampah kat tempat aku. Tersenyum dia bila aku ucapkan terima kasih kat dia. Terkulat-kulat dia bila seorang kakak kat depan cubicle aku tu marah makcik tu. Tak ada manner betul kakak tu..! Kesian aku tengok makcik tu.
Terasa hina dan berdosanya aku pada Tuhan lepas tengok makcik tu. Banyak betul aku merungut dan complaint pasal hidup aku selama ni. Aku ni, muda dan bujang, punya kereta dan kerja walaupun cukup untuk makan pakai aku seorang je. Ada tempat tinggal, walaupun hanya menyewa. Makcik cleaner tu, tak tahu apa yang dah dia alami. Entah-entah datang kerja pun naik bas je. Lepas tu rumah pun ala kadar je. Mana aku tahu kan. So, apa yang buatkan aku ni rasa aku lah manusia paling malang...?? Memang berdosanya aku..
Haih...entahlah. Bukan niat nak merungut dan mempersoalkan percaturan Tuhan pada aku. Biasalah manusia. Selalu tak puas dan tak cukup dengan apa yang ada. Aku bersyukur dengan apa yang dah terjadi pada aku sebelum ni. Aku sendiri tak sangka aku boleh atasi semua kekusutan dan pertelingkahan yang berlaku sebelum ni. Sebelum ni rasa macam tak boleh nak hidup lagi.Sedih dan kecewanya aku dengan apa yang berlaku. Bukan sebab aku di pihak yang benar,tapi sebab aku di pihak yang bersalah. Segala tindakan yang aku buat, betul-betul aku sesali. Walau aku menangis air mata darah pun, mustahil untuk aku dapat balik. Cuma apa yang boleh aku buat ialah, buang yang keruh ambil yang jernih, tapi susah bagi orang yang menerima impak dari kesilapan yang aku lakukan. Aku harap Tuhan dapat lenyapkan segala kemarahan dan persengketaan itu.
Hari ni juga buat aku insaf. Kita sebagai manusia tak mampu menduga ketentuan Tuhan. Sebelum ni pernah aku catit dalam entri sebelum ni, pasal makcik aku. Tengah hari tadi abang aku call beritahu makcik aku dah meninggal. Terkilan juga aku sebab tak sempat jumpa dia. Aku tak balik ke kampung bulan lepas. Abang aku cakap dia dah sihat, maka sebab tu aku tak balik. Ingatkan sempat lah aku balik jumpa dia Raya nanti. Namun Tuhan lebih sayangkan dia. Aku tak dapat balik untuk bagi penghormatan terakhir kat dia sebab Isnin depan aku ada temuduga PTD. Itu juga sesuatu yang tak diduga kan. Ingatkan dah gagal, tapi nampaknya aku masih berpeluang. Semoga Tuhan berikan aku kemudahan dalam menghadapi temuduga tu nanti.

No comments:
Post a Comment