Telemovie Oh Ibu kat channel 105 tadi buat aku nangis tersedu sedan pula. Tiba-tiba aku teringat semua memori dengan arwah mak. Rindu betul aku kat dia. Dah cecah 5 tahun dia tinggalkan aku sendirian. Dia pergi masa aku belum sedia untuk kehilangan insan yang paling bermakna dalam hidup. Dan yang paling aku kecewa, aku hanya sempat melihat jasadnya yang terbujur kaku di pembaringan. Sampai hati mak tak bagi tahu aku dia sakit. Dia tak nak aku risau, dan ganggu pengajian aku. Dia tak tahu masa tu aku tengah perang besar dengan kawan aku. Fikiran aku tertekan juga. Kalaulah mak bagi tahu dia sakit masa tu, akan aku tinggal semua yang tengah aku buat masa tu. Hakikatnya tak. Abang aku call waktu Subuh, bagi tahu aku mak dah tak ada. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Pandangan aku tiba-tiba gelap. Otak aku tak boleh berfikiran secara normal. Mujur ada seorang kawan yang banyak bantu aku ketika tu. Aku ingat jasa dia tu sampai bila-bila. Hanya Allah saja yang dapat balas budi baik dia.
Mak aku...
Seorang yang cantik. Jadi tumpuan ramai lelaki ketika zaman bujangnya. Macam wajah Saloma pun ada gak. Sampai ke tua pun, mak aku tetap cantik dan baik hati. Tapi tak tahu kenapa ramai yang dengki dengan mak. Mak tak pernah kacau hidup orang. Malah dia yang disisihkan lepas atok aku kahwin lain dan nenek aku meninggal. Kesian mak aku.
Aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di luar sana. Semoga dapat didik anak-anak anugerah Allah sebaiknya.
Aku hanya mampu hadiahkan bacaan Yassin dan doa saja untuk mak aku seperti biasa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah.

badakbiru : aku rindu benar dengan arwah mak saat ni....kuatkan semangat aku..!
Saujana - Selamat Tinggal Ibuku
Sewaktu azan mendayu dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
perginya takkan kembali lagi
Kerana takdir telah menentukan
Doa restu ku utuskan untukmu ibu
semoga diri ibu bahagia
di Akhirat yang kekal abadi
Ibuku kau pemupuk kasih sayang
Kerna kaulah ibu yang tercinta
baktimu padaku tidak terkira
hanya Tuhan dapat membalasnya
Ibuku walau kau pergi dulu
Namun ku tetap mengingatimu
Kasihku padamu seperti dulu
Selamat tinggal ibuku..
No comments:
Post a Comment