Wednesday, March 04, 2009

aku, kau dan semua

kau ada otak?
aku pun ada
kau ada maruah?
aku pun ada
kau ada perasaan?
aku pun ada
kau ada mulut?mata?hidung?tangan?kaki?telinga?
aku pun ada semua tu..!
habis tu, apa yang buat kau bangga sangat dengan diri kau..???
semua yang kau ada, aku pun ada
bukan kau seorang saja yang ada
semua orang ada apa yang kau ada
Jadi...mana dan apa bezanya kau dengan aku ?
atau dengan orang-orang lain..??

yang aku tahu
beza antara kau dan aku dan juga orang lain ialah

cara kau guna otak kau
cara kau jaga maruah kau
cara kau jaga dan luahkan perasaan kau
dan juga cara kau guna mulut kau, mata kau,hidung kau, tangan kau,kaki kau dan telinga kau..

aku ada cara aku..
kau ada cara kau
orang-orang lain pun ada cara mereka
luaran kita sama tapi dalaman kita tak sama
semua manusia hamba Tuhan yang sama
yang dijadikan dari tanah dan
yang akan mati dan kembali ke bentuk asal kita

jadi,
apa hak aku nak persoalkan cara kau?
dan apa hak kau nak persoalkan cara aku?
siapa aku nak jatuhkan hukum pada kau?
siapa juga kau nak jatuhkan hukum pada aku?
siapa aku nak kata orang tu baik orang ni jahat?
dan siapa kau nak kata aku baik atau jahat?

maka,
untuk kau, aku dan juga semua manusia di luar sana
jangan mudah menilai orang
jangan mudah menyalahkan orang
jangan mudah mengata dan mengumpat orang kalau tak kenal

cermin dulu diri sendiri

tanya iman di hati
cukupkan ilmu di dada

Tak ada yang sempurna melainkan Allah Yang Satu
manusia adalah sejenis makhluk pelupa
sering buat kesalahan
tapi kena ingat..
hidayah Allah tak mengenali siapa
DIA akan kurniakan kepada sesiapa yang DIA kehendaki


Apa yang boleh kau, aku dan semua buat ialah
buat lah apa yang kau rasa betul
cuma jangan kerana perbuatan kau tu
akan menyusahkan dan merosakkan orang lain
kalau dah cukup ilmu di dada
tegur lah secara bijak
sebab bukan semua orang suka bila di kritik atau di tegur
kerana mereka fikir mereka punya kuasa, harta dan pangkat
namun lupa pada YANG MAHA BERKUASA..




badakbiru: Berdoa supaya Tuhan beri aku lebih banyak kesabaran...Otak aku serabut gila ni...!!!



No comments:

Post a Comment