Lama rasanya aku tak post apa-apa kat sini selepas post aku yang last hari tu. Bukannya apa, aku amatlah sibuk sejak 2 menjak ni. Banyak sangat kerja yang belum aku siapkan. Sebab tu lah aku malas nak bercuti panjang..Macam ni lah akibatnya kalau aku bercuti..!! Tak ada siapa nak settle kan kerja-kerja aku kalau bukan aku sendiri...Kesian aku kan?
Kalau ikutkan hati, aku nak update blog ni setiap hari. Banyak persoalan dan cerita dalam kepala otak aku ni. Nak bersembang, tak ada kawan nak layan. Semua dah menyampah dengan aku. Tak apalah. Aku terima, lagipun semuanya salah aku. Walaupun sedih melihat mereka dari jauh je, tapi aku gembira sebab sekurang-kurangnya aku masih boleh melihat mereka tersenyum ke, ketawa ke, masam ke dan macam-macam lah.Heh..! Moga masa dan keadaan saja yang dapat lenyapkan semua yang telah berlaku. Aku redha.
OK dah..! Cukup sebut hal kawan-kawan aku. Silap haribulan ada yang salah faham pula dengan maksud yang aku nak sampaikan. Biarkan semuanya berlalu..Ceh.geli pulak aku nak tulis lah..!! Yeay..akhirnya aku dah berjaya dapat kembali diri aku yang ceria dan bebas dari sindrom-sindrom minah jiwang karat atau sensitip tak tentu pasal..!!:D
Emm..Setiap hari, setiap pagi dan setiap hari bekerja,aku akan memandu melalui Lebuhraya Damanasara-Puchong@LDP, dari Puchong menuju ke KL. Maknanya aku akan 'merempuh' Plaza Tol Sunway dan juga Federal Highway. Semua orang tahu kan macam mana keadaan Tol Sunway tu kalau masa peek hour. Padat yang amat..!! Tapi sebenarnya semua tu tak akan jadi kalau semua pengguna jalan raya ikut laluan yang betul dan sabar mengikut barisan. Daripada pemerhatian aku selama lebih kurang 2 tahun melalui jalan tu, punca utama jammed kat situ adalah disebabkan daripada sikap pemandu. Aku hairan dan pelik sebab semua nak berlumba-lumba potong masuk lane kanan kat tempat sempit. Padahal kat depan tu luas terbentang lagi ruang yang ada kalau nak masuk lane kanan pun..!! Cerdik betul la diorang tu kan..Heh..! Itu belum lagi yang nak potong masuk Federal Highway. Haih...pelik aku dengan sikap orang-orang Malaysia ni. Tak kira pemandu wanita ataupun lelaki. Kalau aku car pool dengan kawan aku, itulah topik pagi yang selalu kitaorang bebelkan dalam kereta. Lebih kurang macam HOT Chat kat Hot FM la.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal punca-punca traffic jammed. Aku nak cerita benda lain.
Kalau di ikutkan, aku sebenarnya ada 3 pilihan laluan untuk ke pejabat setiap hari, iaitu :
1) Ikut LDP, lalu Tol Sunway dan bayar tol RM1.60 dan potong masuk Federal Highway ikut bawah jambatan kabel atau
2) ikut jalan yang sama, tapi buat U-turn depan Western Digital dan masuk Federal Highway atau
3) Ikut Bukit Jalil dan potong masuk NPE, bayar tol RM1.60
Tapi biasanya aku akan memilih nombor 1 atau 2 je.Aku akan pilih yang nombor 1, bila aku tengok tak banyak kereta que menunggu untuk dilepaskan ke Federal Highway..tapi kalau kereta yang que aku dah boleh nampak dari depan lepas keluar dari tol, memang aku tak akan ambil pilihan yang nombor 1 tu. Kalau ikut juga, alamatnya jam 8.30 pagi lah aku sampai pejabat..! Ada polis trafik pun lembab juga. Heh..Ya ampun pak polisi..!
Namun, sejak 2 hari lepas, tak tahu kenapa aku gatal nak ikut yang nombor 1 tu. Tak pasal-pasal 2 hari berturut-turut aku lambat sampai ke pejabat dan kawan aku yang keluar lambat dari aku boleh sampai ke pejabat lebih awal dari aku..Oh tidakkk..!
Maka pagi tadi aku tukar strategi dan ambil pilihan yang nombor 2. Malangnya, aku juga lambat sampai ke pejabat hari ini. Pilih yang nombor 2 pun jalan tetap jammed, malah lagi teruk dari biasa. Puncanya hanyalah disebabkan seorang polis trafik berada di lane kanan dan buat jalan 2 lorong jadi satu lorong...! Hangin je aku dibuatnya. Kawan aku yang keluar awal tu pun sempat aku kejar, tapi dia tetap sampai lebih dulu sebab dia memang seorang pemandu yang cekap..Heh.
Jadi, apa kaitannya cerita aku ni?Apa yang aku nak kaitkan di sini ialah, perjalanan hidup aku selama lebih kurang 3 tahun di bandar ni boleh diumpamakan seperti keadaan lalulintas itu dan pilihan laluan yang aku ada. Kadang-kadang aku boleh memandu dengan lancar tanpa sebarang kesesakkan tanpa perlu buat mana-mana pilihan, dan kadang-kadang aku akan terperangkap dalam kesesakkan walaupun aku pilih yang nombor 2, tanpa di duga. Halangan dan rintangan pasti ada di depan aku walaupun aku dah bersedia dan rancang perjalanan seawalnya. Kadang-kadang hidup aku lancar tanpa sebarang masalah atau konflik, dengan mengamalkan perbuatan yang sama setiap hari dan kadang-kadang pelbagai masalah dan konflik aku tempuhi. Aku tak akan mampu menduga dan menghalang setiap perkara yang berlaku. Semua tu aku terfikir masa jalan jammed tu. Walau aku jaga, walau aku cuba sembunyi dan walau aku cuba lakukan yang terbaik dalam setiap benda aku buat sehari-hari, kalau Tuhan dah takdirkan ia berlaku, ia tetap akan berlaku, sama ada aku suka ataupun tidak.Betul lah kata orang, hidup di bandar, banyak cabarannya. Kalau tak kuat, boleh buat orang waras jadi kurang waras..! Uish..minta simpang lah semua tu. Setakat ni aku masih waras lagi, cuma kadang-kadang tekanan yang dirasai tu rasa berat sangat nak tanggung. Rasa macam nak pecah kepala..!!
Namun, aku ada banyak cara penyelesaiannya kan? Aku ada pilihan. Sama juga dengan 3 pilihan laluan yang aku ada tu. Kalau aku suka dengan cabaran dan rintangan yang sama, maka aku ikut lah jalan yang sama. Kalau aku tak nak susah atau dah tak boleh nak handle masalah itu, aku perlu cari jalan keluar sebijak-bijaknya menggunakan akal yang dianugerahkan Tuhan pada aku. Rasanya aku kena ikut kata hati kot. Setakat ni, apa yang aku rasa akan terjadi, mostly terjadi lah. Hurm...ada 6th sense lah aku ni...!

Skills, knowledge, abilities and experiences are only useful if you are at the right place
- dipetik dari email seorang rakan-
No comments:
Post a Comment