Wednesday, March 11, 2009

Kisah silam

Semalam aku taip pasal kesilapan dan kesalahan silam. Tiba-tiba pagi tadi aku dengar HOT FM,topik pagi hari ni bercerita pasal kisah silam. Lebih kurang sama lah dengan apa yang aku taip semalam tu.
Sebenarnya aku nak call Fafau & FBI pagi tadi, tapi tak dapat nak masuk line dia orang. Nak patah rasanya jari tangan aku menekan punat redial..! ( tipoo jek...heh..!).
Aku agak sakit hati juga lah dengan ada satu caller tu. Pendapat yang dia bagi tu agak tak rasional la bagi aku. Rasional ke untuk bercerai sebab isteri dia beritahu hal sebenar tentang dia adalah seorang GRO sebelum berkahwin dengan En.M tu? Lagipun mereka dah berkahwin selama 2 tahun dan kahwin atas dasar suka sama suka dan cinta sama cinta dan juga dah dapat sepasang cahayamata. Kenapa nak judge orang tu based on kisah atau kesilapan silam dia? Takkan perkahwinan selama 2 tahun tu tak cukup lagi untuk buktikan kejujuran si isteri?Kenapa perlu rasa tertipu dan di khianati sekiranya selama ni orang, kawan atau teman hidup kita tu sembunyikan kebenaran tentang kisah silam dia dan suatu hari tu dia berterus terang dengan kita? Pada pendapat aku lah, sangat tidak patut kita judge atau buat keputusan hanya berpandukan masa silam ataupun kesilapan dia yang lepas. Kita semua kan manusia. Mana ada manusia yang tak pernah buat kesalahan? Mana ada manusia yang sempurna?
Caller tu bagi alasan yang kalau terjadi argument in the future, benda tu akan jadi ungkitan dan rasa tertipu tu akan bernanah kat dalam hati. Jadi sebab tu En.M tu patut 'lepaskan' isteri dia sebab tak nak terluka. Tak kesian ke dengan anak-anak dan juga dengan isteri dia tu?


Pada pendapat aku, tindakan isteri dia tu adalah satu tindakan yang berani. Dia sanggup berterus terang walaupun dia tahu tindakan dia tu akan buat hati orang tersayang dia terluka.. Kalau lah korang yang berada di tempat isteri dia tu, sanggup ke nak buka rahsia hidup yang pernah jadi GRO kepada suami selepas 2 tahun berkahwin?


Bagi aku, kita sebagai manusia yang diberi akal oleh Allah tak sepatutnya menghukum seseorang tu berdasarkan masa silam dia. Semua orang buat salah, cuma bezanya sama ada salah tu besar atau kecil. Pernah tak kita terfikir kenapa perlu terjadinya pertelingkahan dan salah faham dalam hidup kita selama ni? Semuanya berpunca dari hati. Jika betul kita ni ada akal, aku rasa takkan ada orang akan buat keputusan hanya mengikut kata hati. Mungkin sebab perkara tu tak terjadi pada aku, mesti korang cakap aku ni pandai cakap je. Kalau dah kena batang hidung sendiri, barulah tahu kan..! OK..aku mengaku. Mungkin pada awalnya kita akan rasa frust sebab orang yang selama ni kita percaya dan sayang atau hargai, tak berlaku jujur pada kita dengan sembunyikan kebenaran tentang dirinya. Namun, aku minta kalaulah benda benda macam ni terjadi pada aku, aku tak akan judge dia based on masa silam dia, tapi harapnya taklah terjadi eh. Bukan ke moto Berita Harian adalah " Zaman dah berubah, dunia dah maju". So?

Sama juga dengan manusia. Allah jadikan kita sebagai manusia dengan sebaik baik kejadian. Beza antara manusia dengan haiwan ialah akal. Jadi gunakanlah akal dalam setiap keputusan dalam hidup ni. Janganlah ikutkan hati. Kalau nak ikut hati, memang sampai ke sudah lah tak akan ada yang cantik kat dunia ni. Sampai bila-bila pun tak ada yang akan puaskan hati kita. Lagipun buat apa kita fikirkan perkara masa depan yang belum pasti lagi. Baik kita fokus pada masa sekarang yang akan menentukan masa depan kita.
Kesimpulannya, hari ni baru aku sedar semua rasa tak puas hati aku dan rasa marah aku pada syarikat aku, bos aku dan orang-orang kat pejabat aku ni, semuanya sia-sia je. Sebabnya, apa yang aku buat sekarang ni bukanlah satu kerjaya tetapi satu kerja. Sebab tu lah macam-macam jenis orang yang aku jumpa dan aku rasa tak betul dan memang aku tak boleh nak betulkan sebab semuanya buat kerja yang telah diatur oleh orang-orang yang bekerjaya. Faham tak maksud aku? Kalau tak faham, kita sambung di lain entri..Chow..!

badakbiru : tengah berfikir macam mana nak mulakan satu kerjaya.


No comments:

Post a Comment