Tuesday, March 10, 2009

3 perkara

3 perkara yang mampu buat aku menitiskan airmata, walaupun ketika aku sedang memandu.

a) kehilangan dan kematian
b) kesilapan lalu
c) keterbatasan diri aku

3 perkara ini memang senang sangat untuk buat aku mengalirkan airmata.

Kehilangan yang aku maksudkan kat sini..banyak sangat, sampai tak dapat nak aku list kan kat sini. Lagipun tak ada guna kalau aku list kan pun sebab semua tu dah berlalu.
Aku tak pernah rasa kehilangan yang macam ni, selepas kematian mak dan ayah aku 4 tahun lepas. Memang kehilangan 4 tahun lepas tu beri impak yang besar pada aku dan kehidupan aku. Bayangkan dalam masa setahun aku kehilangan 3 orang insan yang aku sayang sekaligus. Pertama, pada 24 Februari 2004, aku hilang mak aku. Insan yang paling aku sayang dan paling faham dengan sikap aku..! Kedua, pada 25 Julai 2004, ayah aku pula menyusul. Ketika itu pula aku sedang berada di majlis konvokesyen aku. Sebaik saja aku terima skrol, ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kedua-dua kehilangan tu, aku tak sempat untuk berada di sisi mereka. Yang ketiga, pada 3 Oktober 2004, atuk aku pula pergi mengadap Ilahi. Tak ada siapa sangka dia yang menyusul selepas mak aku. Atuk aku tu memang terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau, berubah sikap bila mak aku meninggal. Memang dia juga terasa impak yang aku dan keluarga aku alami ketika itu. Berat betul dugaan aku ketika tu, dan semua kawan yang aku jaga hati dan layan dengan semulia manusia, tak seorang pun berada di sisi aku dan memberi sokongan kat aku...! 


Masa tu lah sikap aku berubah. Aku sangat takut pada kehilangan. Tak kira kehilangan keluarga atau kawan-kawan. Ketika itu juga aku mula menyelami perasaan orang lain. Sebelum tu, aku tak pernah fikir perasaan orang lain. Aku hanya buat hal aku saja. Aku tak pernah kisah pasal hati orang lain. Ketika tu aku fikir, tak perlu untuk aku masuk campur dalam hal orang.

Namun, lepas kematian mak ayah aku, aku mula kisah apa orang lain rasa. Aku mula menjaga hati orang lain walaupun aku sebenarnya makan hati. Aku terima semua yang orang cakap pasal aku. Aku tak berani nak menentang dan menegur kawan-kawan aku walaupun aku tahu ianya salah. Aku hanya pendam dalam hati saja.Aku sangat-sangat menjaga hati kawan terutamanya kawan yang rapat dengan aku. Sebab aku takut kehilangan mereka. Aku takut kalau aku tersilap cakap atau tersilap perbuatan, aku akan kehilangan mereka.

Hakikatnya aku kehilangan mereka juga akhirnya. Walau aku jaga hati dan perasaan mereka, aku juga manusia dan akan melakukan kesilapan walaupun aku tak sengaja. Ketika kesilapan aku tu,kawan-kawan aku sedar, jadi aku mula keluarkan apa yang aku pendamkan selama ni. Aku ingatkan kalau aku beritahu hal sebenar masa tu, mereka akan sedar akan keikhlasan aku. Rupanya tak. Mereka makin marah dan menyampah dengan aku akhirnya...!!

Kesilapan lalu juga boleh buat aku menangis. Kadang-kadang aku harap sangat aku ni hilang ingatan dan dapat padam semua kesilapan tu. Sebabnya kesilapan tu akan terus menghantui hidup aku. Kadang tu,aku dah boleh lupa tapi orang yang aku buat silap tu, tak akan lupakan kesilapan aku. Itu sebab aku selalu berangan aku ada kuasa ajaib ke yang boleh padamkan kesilapan aku pada orang tu.


Yang ni pun ada kaitan dengan perkara ke 3 tu. Bila aku teringatkan kesilapan kata ke perbuatan aku ke pada orang lain, aku geram sangat dengan diri aku. Sebab aku tak boleh nak marah atau selesaikan masalah yang aku sendiri cetuskan. Memanglah tak elok asyik ingat benda yang lepas, tapi apa kuasa yang aku ada untuk dapatkan kembali apa yang aku hilang tu?? Aku tahu kalau kita tak pernah buat silap pada orang dan tiba-tiba berlaku kesilapan, susah untuk orang tu lupakan perbuatan kita tu. Aku pun selalu ada perasaan macam tu. Tambah-tambah lagi kalau orang yang kita buat silap tu, pernah rapat dan mesra dengan kita. Kita boleh bergurau senda dengan dia, bercerita suka duka dengan dia dan kongsi macam-macam dengan dia. Susah kan nak lupa perbuatan orang tu?

Satu lagi, bila aku tak tahu macam mana lagi nak melawan. Kebiasaannya segala kemarahan dan ketidak puasan hati aku akan hilang bila aku dapat tumbuk atau pecahkan cermin dengan penumbuk. Masa tu semua beban dalam hati aku akan hilang. Lepas tu...sakit lah kan..sebab tangan dah berdarah..! Itulah aku sebenarnya. Bukan aku tak nak melawan, tapi aku tak mampu. Kalau aku melawan, aku tahu aku akan memburukkan lagi keadaan bila kebenaran tu terjawab. Entahlah...

Minggu lepas aku keluar dengan seorang kawan lama aku. Dia tanya kenapa badan aku makin susut sekarang ni. Macam orang tengah frust je katanya..! Aku senyum je. Aku tak tahu nak jawab apa. Memang betul aku tengah frust. Aku pun perasan dengan perubahan tu. Aku memang rasa kecewa sangat dengan kesilapan tu. Aku pun tak tahu kenapa. Orang lain semua kata, kawan lain kan ada...tapi aku kata, kawan lain tak sama. Hanya aku yang tahu kenapa tak sama. Jangan salah sangka. Bukan aku ada perasaan pada mereka, tapi sebab aku dah anggap macam adik beradik.

Entahlah. Aku harap sangat nak pergi dari sini sekarang juga. Aku tak tahan dah nak berdepan dengan semua ni. Biarlah aku yang bawa diri dan semua perbuatan aku tu, kalau itu yang mampu buat hati mereka puas dan gembira. Hari hari aku sekarang ni dah tak macam dulu. Aku tak ada semangat. Mujur la ada buku
La Tahzan tu yang aku jadikan kawan ketika sedih dan tertekan. Buku tu memang banyak beri semangat kat aku untuk teruskan hidup ni.

Sekarang ni aku dah tak kisah dah kalau Tuhan dah takdirkan aku akan kehilangan semua yang aku sayang. Aku terima dengan redha kalau itu dah ketentuanNYA. Aku pun malas nak bersedih setiap hari sedangkan mereka semua gembira dengan hidup mereka. Buat apa aku layan perasaan sedih tu. Silap haribulan orang lain semua dah berjaya capai apa yang mereka inginkan, tapi aku masih di takuk lama...! Aku serahkan pada Tuhan untuk betulkan semua kesilapan tu. Aku dah tak boleh nak buat apa lagi walaupun kesilapan tu berpunca dari aku.

badakbiru :Lirik lagu ni boleh tafsirkan apa yang aku rasa sekarang ni


Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
bermula saat itu
tidak senada irama dan lagu


begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti


kau telah jauh..jauh dari ku
tiada ruang hati buatmu
namun harus ku akui
ada ketika di minda kau menjelma kembali

sekali sekala ada
ada rindu yang datang tiba tiba
tak mungkin kerna sayang
cuma terganggu oleh perasaan

begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti


tak mungkin kerna sayang...cuma aku teringat..

download lagu ni : Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang




No comments:

Post a Comment