Wednesday, August 11, 2010

Puasa 2010


Dah Ramadhan...??
Ya Alllah..cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je taip pasal Ramadhan 
( baca sini).
Syukur Alhamdulillah..aku masih lagi dapat menjalani ibadah puasa tahun ni, dan aku masih menyambut puasa dengan kawan aku yang sorang ni..(*wink wink). Terima kasih kawan,sebab masih setia disisi aku. 


Kalau nak ikutkan, mungkin aku sambut puasa di wad dah hari ni. Semalam blood pressure aku sangat tinggi dan doktor nasihatkan aku ke hospital, dan dalam kepala otak aku kalau dah ke hospital kebarangkalian akan ditahan di wad adalah tinggi. Maka aku beritahu doktor aku ingin bertenang sekejap dan datang balik untuk ujian tekanan darah selepas 2 jam. 
Dan syukur pada Tuhan,lepas 2 jam tekanan darah aku turun kepada normal. Fuh..nasib baik turun.Kalau tak memang berpuasa di wad lah jawabnya..!

Sebenarnya bukan apa. Aku tak mandi pagi dan aku menunggu lama untuk berjumpa doktor pagi semalam. Dekat sejam menunggu,mana lah tak naik darah aku..! Ditambah pula aku sangat mengantuk dan tak cukup rehat. Badan aku penat dua tiga hari ni.Maka kerana itu lah aku rasa tekanan darah aku naik.Tapi...adakah keadaan itu normal? Atau aku memang ada high blood pressure..? Erkkk...


All in all, Selamat Berpuasa kepada semua. Sangat gembira hari ni kerana dapat bersahur bersama-sama kawan kawan tersayang....Thanks kawan-kawan..!

2 comments:

  1. Dik.. selamat berpuasa ye.. Jangan ponteng pose hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. Thanks kak iina..
    InsyaAllah tak ponteng..kecuali terpaksa ponteng..! heheh

    ReplyDelete