Kejap je....Dah masuk hari ke-5 Ramadhan...
Alhamdulillah aku masih sihat dan diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa.
Hmm..banyak perkara yang menyerabutkan dan bermain di fikiran aku. Banyak benda yang aku ingin kongsi dan mengadu, tapi tak ada siapa yang sudi mendengar dan berkongsi dengan aku.
Ada masalah yang sedang aku tanggung sendirian. Aku ingin luahkan pada seseorang, tapi tak ada seseorang disisi aku.
Semakin hari aku semakin rindu pada arwah mak. Segala kenangan dan hari-hari terakhirnya bermain di otak aku. Agaknya inilah yang dia rasa semasa hayatnya kerana aku tiada disisinya. Bukan aku sengaja tapi aku terpaksa kerana tuntutan pengajian. Aku tak nak tinggalkan dia, tapi dia suruh aku teruskan.
Sepanjang hidup aku, mak lah sentiasa bersama aku. Aku tak ada kawan rapat ketika zaman remaja sebab aku sentiasa habiskan masa bersama mak ataupun bersendirian. Masa tu aku lupa yang mak aku akan tinggalkan aku juga suatu hari nanti. Dan sebab itu, setiap kali mak tidur aku selalu tenung wajah dia dan terfikir bagaimana kalau mak pergi dulu? Macam mana aku nak hadapi hari-hari mendatang tanpa dia?Adakah aku akan kuat dan tabah mengadapinya..?
Dan seperti biasa, air mata aku akan menitis. Kalau mak tersedar dan tengok aku teresak-esak dia akan bertanya kenapa dengan aku. Dan aku akan menjawab, tak ada apa-apa, mata masuk habuk. Dan aku tidur selepas itu sambil menangis lagi......
Dan sekarang, aku keseorangan. Mak dah tak ada dan tinggalkan aku sejak 6 tahun lepas.Aku masih tak dapat nak hidup tanpa seseorang disisi aku. Sebab mak selalu ada disisi aku dulu kalau aku terasa lemah.
Dan sekarang...semua benda aku kena hadapi sendirian. Semua masalah aku perlu selesaikan sendiri. Semua keputusan aku kena buat sendiri.
Dan aku rasa takut....tapi tak ada sesiapa faham akan ketakutan aku walaupun orang yang sedarah daging dengan aku.
Kawan..?
Entahlah......
badakbiru: masih berbuka sendirian.....nasib nasib nasib.orang bujang..terpaksa lah terima
Salam, I know how you feel. Nisa pernah kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan keluarga Nisa iaitu Allahyarham Atuk, lapan tahun dahulu. And Nisa masih tidak boleh terima akan kehilangan dia. Menangis everytime orang sebut and mengingatkan Nisa pada arwah...
ReplyDeleteHere, I had a bad dream about my Dad. Bukan awak seorang je yang pernah memikirkan apabila sampai waktunya seseorang itu pergi. Nisa pon juga and it breaks my heart and put me in tears, EVERYTIME. Sekarang ni, Nisa cuba untuk kuatkan diri dan be more independent because I feel I HAVE to dalam mengharungi hari-hari yang mendatang, yang kita tidak ketahui bila ajal seseorang akan diambil.
Nanti, kalau setiap kali ingat arwah Ibu, sedekahkan Al-Fatiha ya :) Bak kata ayah, bila seseorang yang sudah meninggal hadir dalam fikiran kita, bermaksud mereka mahu kita menyedekahkan surah :) Wallahualam.
Salam Nisa,
ReplyDeleteThanks for the advice. I know that, but I'm not strong enough to face this world alone...
Tak ada siapa faham apa yg saya tanggung dlm hati......
Yep..I will sedekahkan Al-Fatihah every time her face come in my mind
Dik kuatkan semangat ye.. InsyAllah akak doakan Allah permudahkan hidup adik ;)
ReplyDeleteSalam sahabat,
ReplyDeleteSelamat berpuasa. Lamanya kita tak saling menyapa. Harapnya kamu baik2 aja ok.
Hadapi sahaja dengan senyuman.
kak iina,
ReplyDeleteThanks kak...tah lah kak,semangat ni mkin hari makin takde je.tatau mcm mana lg nk kuatkan semangat
iris,
hi sahabat...tu la kan. lama tak menyapa.sibuk sedikit sblm ni, tp skang hilang fokus..:)
selamat berpuasa juga utk kamu..!