Monday, August 23, 2010

Clark Kent vs Lex Luthor

Aku tak lena tidur lagi...
Ada perkara yang menyerabutkan otak. Benda lama yang datang balik. Aku dah tak nak ingat tapi ia muncul balik. Walaupun dah hampir 2 tahun, ianya macam 2 hari je.


Aku dah buat sedaya upaya, tapi aku tak mampu ubah keadaan.


Full stop. Nothing can change anymore...
Tadi layan cerita Smallville kat TV3. Dah makin mengarut dah aku rasa cerita tu. Kalau ikut siri Superman, Lana Lang ialah girlfriend Clark Kent masa dia kat kampung. Lois Lane pula, girlfriend dia bila dia dah kerja, tapi dalam siri Smallville ni dua-dua wujud dalam satu masa yang sama. Pelik tak..?


Masa tengah layan siri tu tadi, ada satu scene yang menarik perhatian aku. Adegan Clark jumpa Lex Luthor. Kisahnya si Lex dengan Clark ni dulu adalah kawan baik. Clark pernah selamatkan Lex dari lemas kalau tak silap aku. Jadi mula dari situ mereka tu jadi rapat. Namun, bila Lex ni cuba nak siasat pasal makhluk asing dan ayah Lex iaitu Lionel Luthor tahu yang Clark tu makhluk asing, maka tiba-tiba Lex dengan Clark bermusuh. Mereka jadi musuh yang paling ketat. 
Apa yang tarik perhatian aku ialah, dalam scene tu Clark datang jumpa Lex. Clark tanya Lex pasal sesuatu yang Lana tengah buat kecoh. Masa tu lah nilai persahabatan timbul. Walaupun Clark tahu Lex ialah musuhnya yang paling ketat, tapi dia masih cuba berlembut dengan Lex dan dia masih kenal hati budi Lex. Lex pula masih kenal hati budi Clark.Sweet kan..? Tapi mereka tak akan jadi kawan baik lagi. Mustahil...sebab Lex akan mati ditangan Superman sebab sikap dia yang dengki tu.


Jadi, aku kena kuatkan semangat untuk terima semua kenyataan yang telah aku dengar. Aku perlu terima, walaupun aku taknak terima. Mungkin itu jalan yang terbaik, tapi jauh di sudut hati aku sangat berharap keadaan akan pulih dengan izin Tuhan...


badakbiru: tak mungkin akan jadi seperti situasi Lex dan Clark

1 comment: