Dua tiga minggu ni aku terasa takut dan risau. Tak tahulah pasal apa. Haih..
Lama sungguh aku biarkan blog ni sunyi. Tah ler...sejak 2 menjak ni kekurangan idea untuk menaip pulak. Padahal banyak benda yang nak di publish, cuma kadang-kadang bimbang disalah erti lagi. Tambah-tambah pula, kedudukan tempat aku sekarang ni tak beri ruang untuk aku meng update blog di pejabat. Bukan tak boleh update di rumah, cuma sekarang ni aku makin cepat penat.Habis kerja, balik rumah..aku cuma tahu nak rest dan tidur sepuasnya..! Esoknya jam 7 pagi aku dah siap sedia nak ke pejabat. Balik pula jam 8 atau 9 malam. Baring baring ke kejap,berangan ke kejap..tup tup dah nak jam 10 malam. Nak on laptop dan online pun dah tak larat. Esoknya kena kerja lagi kan. Maka, sebab itu aku jarang update blog sekarang ni.
Jumaat lepas, semua dikejutkan dengan kematian Din Beramboi kan. Tiba-tiba je kan. Sebab nampak dia aktif dan tak derita sakit apa-apa.
Dan pagi tadi, sms dari seorang rakan mengejutkan aku pula. Seorang kenalan kami meninggal dunia awal pagi tadi. Aku terus terjaga bila dapat sms kawan aku tu. Muda lagi arwah yang meninggal tu, dan setahu aku dia nampak sihat saja. Bila ditanya lagi, punca kematian ialah sebab liver failure.
Em..
Kedua-dua kematian mengejut tu buat aku makin takut, dan terfikirkan tentang kawan-kawan aku.
Andailah aku yang terima nasib macam tu, adakah aku dikenang dan diingati sepertimana aku mengingati mereka..?
badakbiru: banyak nak tulis, tapi banyak yang perlu ditapis..haih..
No comments:
Post a Comment