Monday, April 12, 2010

kulit pula...

Ingat tak entri ni ?..klik sini.

Harini aku tahu pasal kulit muka aku pula. Heh..:D
Minggu lepas, ada seorang kawan pejabat aku tawarkan kupon dan ajak aku sertai satu promosi klinik kawan dia. Jadi,pagi Ahad aku pergi lah dengan dia. Kat sana macam-macam promosi yang dibuat. Mula-mula aku tak minat sangat. Yep..I'm not beauty conscious type of person..! 


Namun, lepas tu mereka tawarkan untuk periksa jenis kulit secara percuma. Apalagi..aku pun tak lepaskan peluanglah. Percuma beb..! Aku memang dah lama nak buat pemeriksaan macam tu. Aku tahu aku ada masalah kulit, dan akhirnya hari ni aku dah tahu masalah utama kulit aku, yang membuatkan aku selalu disalaherti dari segi umur..
Yang paling merisaukan ialah, bila pakar tu cakap sudah aku kedutan sedang berlaku..! NoOoOOoo...!!!


Jadi, aku perlu lakukan sesuatu. Aku masih muda dan aku tak mahu tua sebelum waktunya. Bukan untuk menunjuk, tapi untuk kepuasan diri aku sendiri. Bukan untuk dipuji orang atau dipuja. Semuanya untuk kepuasan diri sendiri. Sebab aku tahu, semuanya itu tak kekal dan bukan milik aku. Semuanya pinjaman. Namun, walaupun pinjaman,ianya perlu dijaga, supaya bila dipulangkan kepada Pencipta ianya dalam keadaan baik. 

Tapi satu je.....
Nak cantik, mestilah banyak belanjanya...Ye tak.?
Jadi, aku kena usaha cari bajet..
Heh..!

badakbiru : kata hati berkata, ada sedang marah pada aku, tapi..kenapa..? 

No comments:

Post a Comment