Hari ni masuk 4 hari aku MC. Aku rasa ini cuti rehat aku yang paling lama untuk tahun ni..!
Dah lama aku tak sakit. Sekali sakit..terus teruk.
Cuti hujung minggu lepas, aku pergi daki gunung buat pertama kalinya dalam hidup aku.Aku dah bosan tahap ultraman dah. Jadi sebab itu aku sertai kawan aku mendaki gunung. Penganjur tu kata laluannya santai saja, tapi susahnya Tuhan saja yang tahu. Sampaikan aku rasa, cukuplah sekali saja aku pergi mendaki gunung. Heh..
Dalam kepayahan dan kesukaran tu, aku berjaya juga sampai ke puncak Gunung Bunga Buah selepas hampir 6 jam berjalan turun naik bukit.Laluan yang penuh mencabar bagi aku. Tu pun banyak kali juga aku rasa nak berpatah balik, tanpa teruskan perjalanan.Namun kawan aku bersungguh suruh aku teruskan perjalanan. Penatnya tu jangan cakaplah. Rasa nak pengsan. Aku dah tak kisah pasal pacat ke apa ke dah. Yang aku tahu, aku nak sampai ke puncak dengan cepat.
Bila sampai ke puncak, kitaorang pasang khemah dan bersiap sedia nak rehat je. Dah tak fikir pasal makan. Malangnya,port aku tu tanahnya berbatu batu. Maka aku tak dapat nak lena sangat. Kaki aku pula dah mula 'krem'.Tiba-tiba pula malam tu hujan selebat-lebatnya. Apalagi...tidur dalam hujan lah sebab khemah tembus air..! Masa tu semua benda keluar dalam kepala otak aku. Namun yang tak boleh terima tu, aku teringatkan 'dia' pula. Tak logik betul..!
Perjalanan turun pula mengambil masa hampir 7 jam.Lebih sejam dari pendakian kan. Masa turun,peha aku amat sakit. Rasa macam nak panggil helikopter datang selamatkan aku je. Nasib baik aku jumpa geng dari Hospital Selayang yang juga turut serta dalam pendakian tu. Mereka lah yang merawat peha aku yang dah 'krem' dan bagi aku makan pain killer. Kalau tak, memang confirm helikopter kena datang ambil aku..!
Jadi, hasil dari semua tu lah aku MC sampai 4 hari..! 2 hari yang pertama, aku memang terbaring dikatil saja. Tak boleh berjalan sangat. Dah macam robot rasanya aku berjalan. Aku gagahkan juga untuk ke klinik saja. Kalau tak, siapa nak bawa aku ke klinik..? Ketika tu, aku rasa macam nak menangis pun ada. Terbaring seorang diri di katil tanpa ditanya khabar oleh sesiapa. Entah hidup entah mati aku ni, mungkin bukan urusan dia agaknya. Aku sangat lapar ketika itu, tapi aku tak berdaya nak turun ke dapur atau keluar membeli makanan. Aku juga tak minta pertolongan rakan serumah sebab aku tak mahu menyusahkan dia lagi. Cukuplah selama ini aku banyak menyusahkan dia. Jadi aku tahan dan tidur saja. Hasilnya esok tu, kepala aku pening, jalan pun dah tak betul. Pergi lagi klinik, ambil MC. Bila dah makan, barulah lega rasanya. Cuma tiba-tiba pula aku selsema dan batuk. Alamatnya memang lambatlah sihatnya.
Rabu aku ke pejabat, tapi batuk makin teruk. Jadi aku ke klinik lagi. Doktor kata aku demam, jadi dia bagi MC lagi 2 hari. Aku bukannya demam teruk, tapi mungkin doktor mahu ambil langkah berjaga-jaga. Dia minta aku berehat dirumah. Dia bagi ubat selsema dan batuk yang mengantuk. Masalahnya sekarang, aku makin tak boleh tidur bila makan ubat-ubat tu..!!
badakbiru: terfikir sesuatu sebab gunung yang didaki adalah kawasan bab*,tapi harapnya minta dijauhkan.
Dik.. Jaga kesihatan ok.. makan ubat dan rehat2 kan diri.. akak harap adik dah sihat.. patutnya sebelum daki gunung kena fit dulu.. p exercise.. kalau terus p panjat gunung camtu jek tanpa sebarang persediaan memang teruklah badan.. jaga diri ok ;)
ReplyDeletekak iina..
ReplyDeleteAlhamdulillah..saya dah sihat skang. Emm..tulah. Satu pengajaran lah buat saya. Seksa..tapi dpt pengalaman..hehe