Aku tengah pening. Banyak sangat benda buruk jadi pada aku bulan ni. Haih...
Kes tuntutan baiki motor yang terlibat dengan kemalangan kereta aku tu dah selesai petang semalam. Itu pun aku pergi je kedai tu terus. Aku tak deal dengan owner motor tu. Time to give back what you give la kan. Bukan membalas dendam tapi I'm trying to defense myself. Aku dah bagi setakat yang termampu. Kalau nak, boleh ambil. Kalau taknak, tambah lah sendiri balance tu.
Aku dapat kurangkan sehingga RM200 untuk kos baiki motor dia. Sebenarnya boleh kurangkan lagi, tapi agak sukar untuk mencari bahan ganti untuk jenis motor tu. Nak tak nak aku terpaksa bayar juga. Ramai juga orang blame aku sebab nak bare all the cost sebelum ni. Kalaulah aku buat laporan polis dan claim insurance...( itu ayat mereka).
Aku bengang juga. Bila dah jadi macam tu, semua nak salahkan aku..! Benda dah jadi, keputusan dah buat. Nak cakap apa lagi..? Mana boleh nak patah balik..! Aku diam saja bila semua orang cakap begitu. Akhirnya, aku keluarkan duit dan bayar saja yang diminta. Tak payah nak pening-peningkan kepala lagi. Aku ada banyak lagi kerja yang nak diselesaiikan.
Ingat tak entri aku yang ni..?( Klik sini)
Apa yang aku hajatkan tu seolah-olah jadi kenyataan lah pula. Heh..
Memang aku teramatlah sibuk sekarang ni. Sampai nak makan pun tak ingat. Apa yang di ingat bila habis kerja ialah, nak balik tidur..!
Untuk melihat blog kawan-kawan lain pun agak tak sempat. Nak update blog ini pun kurang sempat juga. Nak fikir ayat ayat yang sesuai pun dah malas. Kemungkinan selepas ini pun,aku akan agak sukar untuk update blog jika di pejabat. Aku akan berpindah ke cubicle lain. Keadaan cubicle itu tak akan memungkinkan aku update blog sebab tempatnya agak terbuka dan apa yang aku sembunyikan pasti aku terbongkar. Lebih baik aku update dirumah saja. Tak ada sesiapa yang tahu apa yang aku buat.
Aku bukan sembunyikan apa. Aku cuma tak mahu berlaku salah faham lagi. Biarlah apa yang mereka fikirkan. Lebih baik aku berdiam diri.
Hal kerja pula, banyak benda yang aku perlu belajar. Semuanya benda baru bagi aku walaupun aku dah lama di syarikat dan unit itu. Tanggungjawab pun sangat berlainan dengan tugas aku sebelum ini.
Tugas aku yang lama juga belum habis aku hand over pada orang lain. Itulah yang menjadikan aku sangat-sangat sibuk. Semuanya memerlukan aku untuk menggunakan otak aku secara pantas dan cepat. Betul betul mencabar tugasan kali ini.
Walaupun sibuk dan banyak benda yang aku tak dapat buat dalam masa terdekat ini, aku sangat suka dan gembira..!
Bila aku sibuk dan tak ada masa..aku akan penat. Bila aku penat, aku hanya ingat mahu lelapkan mata. Bila aku mudah lelapkan mata, maka aku tak ada masa untuk fikirkan benda-benda remeh temeh.
dan itulah yang buat aku tenang....
badakbiru: nampaknya selepas ini,aku perlu buat keputusan sendiri untuk elak asyik dipersalahkan.
peristiwa xbest
ReplyDeleteharap esok ada yg best
erkk
teori bleh pakai ke ni?
haih tu la psl..
ReplyDeletehopefully ade mende best jd esok..
kalo ade..nnt kite update ye...