Saturday, March 06, 2010

malang tak berbau - part II

At last,tonight I have some space to update the story of my previous entry.

OK. Remember this post..? ( click here to find out).
Yes. I'm involve in car accident again..! This time, with motorcycle.

Kalau kemalangan sebelum ini adalah sebab kecuaian orang lain, tapi yang ini mungkin disebabkan kecuaian aku sendiri. Tapi tak tahulah juga. Semuanya berlaku dengan pantas.Tiba-tiba je budak tu dah tergolek dok atas jalanraya. Aku sangat cuak ketika itu bila tengok orang tu tertiarap tak bergerak. Ditambah dengan trauma dengan dentuman pada sebelah kiri Mr.Black (iaitu kereta aku) sebelum tu.

Aku sebenarnya dalam perjalanan nak ke workshop.Nak baiki power window Mr.Black. Dalam pada masa yang sama,fikiran aku menerawang entah ke mana. Kalau nak diikutkan, aku sebenarnya malas nak keluar kemana-mana hari tu. Namun bila anak-anak buah aku telefon dan minta bawa mereka ke Jom Heboh di Bukit Jalil, aku keluar juga petang tu. Kalaulah aku lepak rumah je petang tu..mungkin semua tu tak terjadi..* sob sob sob

Lepas kejadian tu,aku terus hantar orang tu ke klinik. Dia cuma cedera ringan tapi dia agak mamai sebab kepalanya terhantuk pada kereta aku. Aku sangat takut, if something bad happen to her because of me..!
Kemalangan itu berlaku jam 5 petang, namun sehingga ke jam 10 malam budak itu masih mamai dan tidak ingat dimana dia berada. Lagi satu, dia dok tanya soalan yang sama berulang kali..! Mana tak cuak aku ni kalau dah macam tu gayanya...Hadoi..!
Malam tu memang aku tak dapat lelapkan mata. Hari tu juga aku sangat kecil hati dengan darah daging aku sendiri. Kerana apa aku kecil hati tu,biarlah hanya aku yang tahu.Mujur ada kawan-kawan yang sudi membantu dan menenangkan otak aku yang sangat kusut hari tu. Jujurnya aku taktahu nak buat apa dan aku tak tahu apa yang harus dilakukan. Last last aku telan pil tidur untuk lelapkan mata dan tenangkan fikiran.I have no choice. If not, aku tak akan dapat tenangkan fikiran dan berfikir secara waras untuk selesaikan kes tu esoknya.

Esoknya, aku ke rumah orang yang kemalangan dengan aku tu untuk selesaikan apa yang patut. Aku tak buat laporan polis untuk claim apa-apa dengan insurans. Lagipun aku fikir itu melibatkan nyawa orang. Buat apa aku ambil kesempatan pada dia. Lagipun aku tak tahu salah siapa. Benda berlaku dengan pantas, tapi kalau ikutkan pada tempat kejadian, even aku tak bersalah pun, polis akan nampak aku yang salah, sebab aku berada di simpang dan motor tu di jalan yang betul dari arah bertentangan. Jadi, kerana itu aku tidak buat sebarang laporan. Aku nak selesaikan di luar sahaja. Aku tanggung segala kos baiki Mr.Black dan bersetuju untuk tanggung kos baiki motor tu juga. Keadaan budak tu pun dah OK. Jadi segala kerisauan aku dah kurang lah sikit. Cuma budak tu masih tak ingat macam mana kemalangan tu berlaku.

Kos baiki Mr.Black dalam anggaran RM500 juga lah. Pasrah je lah. Korek duit yang mana ada.
Namun, to my surprise that woman claim me nearly rm600 to fix her bike..!Gilo nak mampos... Motor nya tak hancur barai pun sampai nak claim banyak tu kat aku. Automatik saja semua rasa kasihan aku kat dia sebelum ni hilang. Agak-agak lah nak claim pun. 
Dan sekarang baru aku sedar, tak adanya orang baik hati nak let go kalau masuk bab duit. Kalau orang dah sanggup nak bayar, apalagi...'ketuk kaw kaw lah'..! Sabar je laaaa...

And now,it makes me learn to practice self defense in the future. Dunia sekarang ramai yang suka ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Semuanya fikir diri sendiri. Haih..
Esok aku akan jumpa budak tu lagi sekali untuk selesaikan hal ini pula. Harap Tuhan dapat tolong aku. Mungkin semua ini sebab kelalaian aku selama ini kot.

LESSON TO LEARN.
TO MYSELF: "DO POLICE REPORT AND DEFENSE YOURSELF IN THE FUTURE IF ANYTHING LIKE THIS HAPPEN AGAIN".

badakbiru: semalam pula kereta habis petrol di tengah-tengah lebuhraya dan menunggu orang hantar petrol hampir sejam di tepi jalan tu.

No comments:

Post a Comment