Sunday, March 14, 2010

pertemuan perpisahan

Tiba-tiba aku rasa terharu sangat saat ni. I've found out someone writing about me in her blog entry today. Siap letak gambar lagi tuh.. So sweet..!
Thanks my friend for appreciating me that way..I'm really thankful for knowing you.

Hmm..
kadang-kadang aku nak tergelak juga bila terfikir pasal pertemuan dan perpisahan. Sesuatu pertemuan tu kadang-kadang kita tak sangka pun akan terjadi. Ada satu masa, kita rasa macam mustahil je sesuatu pertemuan tu akan terjadi.Kan..?

Sepanjang perjalanan hidup aku,pelbagai jenis pertemuan aku lalui. Semuanya diluar jangkaan.Ada yang masih seperti dulu, dan ada juga yang dah tidak seperti dulu. 

Sebagai contoh, ketika aku berkursus di Terengganu bulan lepas. Mula-mula aku takut dan risau sebab tak ada yang aku kenal yang pergi sama. Tup tup..aku jumpa seseorang dan kami jadi kawan. Dia lah yang selalu dengan aku sepanjang 3 minggu kami menjalani kursus tu. Dan tanpa disangka, kami masih berkawan sehingga sekarang walaupun kursus dah tamat. Aku rasa best kawan dengan dia.Dia punya sikap seperti kawan rapat aku, tapi aku tidak lagi mahu rapat dengan sesiapa. Aku risau aku jadi emosi terlebih pulak nanti. Tambahan pula dia ada kawan rapat yang sedia ada. Aku tak mahu jadi orang ketiga lagi.

Kita merancang, Tuhan tentukan.
Semua yang berlaku pada aku sejak akhir-akhir ini banyak membuka minda dan    fikiran aku. Kita cuma insan biasa. Tidak sempurna dan setiap perjalanan hidup kita telah ditentukan oleh Allah. 

badakbiru: Betis lebam terkena sepakan masa main futsal.Damn..!

No comments:

Post a Comment