Thursday, June 11, 2009

sembunyi eh...

Emm..Aku rasa ada orang sembunyikan sesuatu dari aku. Something yang pernah terjadi kat aku dan tuttttt...Aku nak marah..tapi tak boleh. Sebab salah aku juga.
Aku tak kisah kalau orang nak sibuk-sibuk hal aku, tapi minta tolong jangan sorok-sorok. Aku tak suka orang cakap belakang. Kalau nak tahu apa-apa pasal aku, sila jumpa aku depan-depan. Tanya aku sendiri. Jangan tanya pada orang lain yang mungkin boleh manipulate cerita. Silap haribulan boleh menokok tambah..! Acting as nasi tambah. Ramai sangat sekarang ni kan yang suka tengok orang lain tu jatuh. Suka jaga tepi kain orang. Kain sendiri tak nak jaga. Sedap bercerita hal orang ni kan..? Kalau dah seronok, jangan lah nak kecil hati atau merajuk kalau orang bercerita hal kita. Betul tak.?

Sebab tu lah aku tak ada lah nak marah kalau orang bercerita atau bergosip hal aku. Kadang-kadang aku pun ada juga bercakap hal orang. Secara tak sengaja OK..! Kalau aku bercakap pun, tak ada lah pula aku nak pergi sampaikan kat sesiapa. Cukup untuk pengetahuan dan pengajaran buat aku je. Oleh kerana aku dah faham sikap manusia-manusia ni yang suka dan seronok tengok orang lain bergaduh atau bermasam muka sesama sendiri, maka sebab tu lah aku malas nak bercampur sangat. Baik aku buat kerja aku dan tak kacau hidup orang. Kalau ada yang tak puas hati dengan aku, sila berjumpa dengan aku personally ye. Aku boleh explain dari A ke Z...

Berhenti-henti lah bercerita hal orang tu. Kalau nak bercerita pun, untuk diri sendiri dah lah. Janganlah sampai memalukan orang. Aku sedar aku dah silap langkah sebelum ni, tapi tak kan lah aku nak rasa bersalah sepanjang masa. Sekali buat silap, tak kan nak ulang lagi. Kalau tak nak orang bercerita hal kau, baik diam dan buat kerja kau je. Jangan nak menyibuk hal peribadi orang. Ni untuk diri aku lah ye. Sorry lah kalau ada yang terasa tu. Siapa makan cili dia lah rasa sambal belacan tu. Heh..

No comments:

Post a Comment