Monday, March 19, 2012
Dah hampir 3 tahun...aku masih belum dapat let it go....
Tak tahu kenapa. Sama ada sayang atau cinta. 3 tahun aku hidup dalam memendam rasa.
Rasa yang tak dapat aku luahkan. Masing-masing punya ego tersendiri. Semakin hari aku rasa semakin 'jauh'.
Sejak kebelakangan ini, aku sering teringatkan saat-saat manis bersama dulu. Saat yang membuatkan semua orang cemburu dengan keakraban kami. Namun sekarang, semua dah membawa haluan sendiri. Aku tak suka, tapi itulah hakikat. Mungkin kami tak serasi bersama.
Sejak kebelakangan ini juga, rasa untuk meninggalkan 'dia' amat kuat. Aku dah tak sanggup memendam rasa dan menahan rasa di hati. Hati aku kesakitan tetapi 'dia' bahagia.
Tak sanggup lagi aku nak lihat keadaan tersebut. Semakin hari semakin boleh buat aku benci pada orang yang tidak bersalah..!
Namun aku takut perbuatan aku untuk melarikan diri ini akan membuatkan aku lebih tersiksa di masa depan..
Haih...
badakbiru: hati mula murung kembali kerana tiada siapa cuba memahami....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment