Waahhhh lamanya aku biarkan blog ni. Nasib baik tak ada sarang labah-labah. Heh..:)
Sejak kebelakangan ini aku sibuk lah juga. Sibuk dengan kerja dan juga sibuk layan perasaan sendiri..!
Jujurnya perasaan aku berbelah bagi sekarang ni. Banyak benda yang aku fikirkan.Kadang-kadang serabut juga rasa. Bila aku buat tak tahu, hati aku jadi batu. Kadang kadang tu aku agak kejam dan pentingkan diri juga. Bila aku 'layan', hati dan otak aku pula yang sakit. Haih.....
Aku tak pasti sama ada nak ikut apa yang aku rasa dihati atau tak. Dulu aku rasa apa yang kata hati aku rasa, ianya betul tapi selalunya aku terlambat sebab aku tak ikut kata hati. Ya lah, kadang-kadang kata hati tu hanyalah mainan perasaan atau bisikan syaitan sahaja. Namun, bila ianya betul betul terjadi....aku menyesal sebab terlambat.
Jadi sekarang ni aku keliru.
Kata hati aku kata..ya betul 'dia' sayangkan aku dan 'dia' juga rasa apa yang aku rasa. Dan aku rasa 'dia' pun keliru dengan keadaan sekarang.
Banyak sangat kata-kata sayang dan perbuatan manja yang semakin hari semakin buat aku keliru dengan apa yang aku rasa.
Keadaan yang mengelak pun ada juga. Aku dapat rasakan perubahan tu, tapi aku tak nak serkap jarang. Sebab kadang kadang ianya mainan emosi aku saja. Terlalu emosi..!
Haih...entahlah.
Terasa ingin berterus terang tapi risau.....takut-takut aku bertepuk sebelah tangan dan apa yang aku rasa hanyalah mainan emosi aku sahaja.
Tapi risau juga kalau aku tak berterus terang.....mungkin aku terlepas untuk kali ke-2.
badakbiru : segala hint yang diberikan, dijawab seperti yang diinginkan
No comments:
Post a Comment