Saturday, December 31, 2011
Penghujung 2011
Pejam celik pejam celik....dah nak tahun 2012 dah??
Ya Allah....cepatnya waktu berputar sekarang...!! aku rasa baru saja melangkah ke tahun 2011. Belum sempat aku buat apa apa untuk 2011.
Apa yang pasti, jiwa dan perasaan aku di 2011 ini masih lagi dalam kemurungan. Banyak benda yang aku pendam dalam hati. Benda yang memang tak boleh diluahkan kepada yang hak,kerana ia sesuatu yang mustahil. Banyak benda mustahil yang aku rasai. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat menyukai benda yang sememangnya mustahil dicapai..! Mati hidup balik pun memang tak akan dapat lah...!
Selain kemurungan,hati aku terus menjadi batu dan rasa sudah hilang dari aku dek kerana terlalu banyak kekecewaan dan penipuan yang aku alami.
Tapi tak apa. Aku akan teruskan kehidupan mencari kepada yang tak akan mati. Kerana yang akan mati akan terus menyakiti aku secara langsung atau tidak.
2012 juga adalah tahun untuk diri aku,kepuasan hati aku dan semua tentang aku. Tiada lagi tentang sesiapa. Aku rasa sudah cukup aku buat selama ini tapi sedikit pun tidak meninggalkan kesan. Apa yang aku dapat hanyalah kemarahan dan kebencian...!
Apa apa pun..diharap 2012 akan dipenuhi dengan sesuatu yang dicari selama ini iaitu kebahagian.....
SELAMAT TAHUN BARU 2012.....
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Labels:
None
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment