Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu..akhirnya....

Sana sini orang duk cerita pasal Ombak Rindu. Geram pula aku rasa.Hati pun makin sakit. Sebab ia mengingatkan sesuatu. 
Aku sangat memerlukan seseorang ketika itu, tapi akhirnya lain pula jadinya. Kecewa gila rasanya....
Aku tahu aku agak emosi dan melampau. Namun jauh disudut hati aku, tak ada niat langsung untuk lukakan hati sesiapa, terutamanya orang yang aku sayangi dan satu-satunya yang aku ada. Mengapa kata-kata aku selalu disalahertikan..??

Mula-mula aku nak buat tak kisah dan biarkan perkara itu berlarutan. Aku juga ada perasaan, tapi tiba-tiba aku teringat kisah lama.Kesilapan aku yang menyebabkan setiap orang ingin tegakkan benang yang basah.
Jadi, aku mengalah......bukan kerana salah, tetapi kerana sayang.

Apa kaitannya dengan Ombak Rindu?
Susah untuk diterangkan. Malas nak ingat...tapi sebenarnya aku masih menyimpan rasa kecewa.

Bagi aku, filem Ombak Rindu boleh dikatakan sedih jalan ceritanya. Garapan yang menarik dan baik. Mampu buat orang menangis teresak-esak dalam panggung. Hairanya, ia tidak mampu buat aku menitiskan airmata walau setitik.
Hati aku dah macam batu. Immune......sebab terlalu banyak makan hati.

Entahlah....
Namun, sekarang ni setiap kali rasa takut sendirian...aku akan selalu ingat video ini. Dari Matlutfi. Aku tengok video ni masa layan Facebook. Masa tu aku sangat-sangat 'down'. Balik kerja, aku terus kurungkan diri dalam bilik yang gelap. Jadi, aku tertengok video ini.

Ayat yang telah mengembalikan semangat aku ketika itu ialah..
Aku tak boleh hidup seorang diri. Memang tak boleh, selagi kau tak bergantung pada yang tak mati...
Dan ayat itu, akan terus aku ingat setiap kali aku rasa keseorangan walaupun kadang-kadang aku tewas juga. 


No comments:

Post a Comment