Lama benar rasanya aku tak update apa-apa kat sini. Nak kata sibuk tu, tak pulak rasanya. Tak tahu kenapa macam tak ada idea dan malas pun ada juga.
Sejujurnya aku sangat-sangat serabut dan tak boleh nak berfikir secara waras sejak dua menjak ini. Perasaan mahukan sesuatu yang mustahil untuk aku dapatkan tu semakin hari semakin menjadi-jadi. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Semakin hari ianya semakin menghantui hidup aku.
Ianya melibatkan tentang hati dan perasaan. Buat masa ini aku selesa dan sangat suka dengan apa yang sedang alami sekarang. Aku suka berkawan dengan dia dan aku sangat suka melayan dia. Aku suka semua tentang dia.Maka sebab itu aku tak mahu rosakkan apa yang aku rasa seronok sekarang ini, walaupun dalam hati ini..hanya Tuhan saja yang tahu..!
Perasaan cemburu tu tak payah cakaplah. Memang tak boleh nak kawal langsung..!
Silap sikit je, aku dah rasa cemburu tak tentu fasal. Haih....
Bila aku fikir balik, kalau aku cemburu bagai nak gila pun dia bukannya tahu perasaan aku pada dia. Dia tak tahu langsung pun.!
Jadi dia sememangnya tak akan tahu apa yang dibuat tu akan membuatkan aku cemburu dan menyakitkan hati aku.
Haih...
Aku tak tahu macam mana nak buat lagi . Setiap hari aku asyik rindu kat dia walaupun aku tahu ianya mustahil untuk aku.
Dan aku tahu ianya hanya mainan perasaan dan semuanya perlu dikawal oleh minda.
badakbiru:kadang-kadang rasa nak beritahu yang sebenar tapi bimbang....
No comments:
Post a Comment