Emosi agak terganggu dua tiga hari ini. Tak tahu kenapa dan mengapa.
Semalam rasa macam sangat tidak berguna dan tak bermaya. Rasa macam Loser pun ada. Aku mengurungkan diri dalam bilik dari pagi sampai ke malam. Mengadap laptop dari pagi sampai malam...
Ada kerja yang perlu aku siapkan, tapi tragedi hari Khamis tu buat aku malas dan tak ikhlas nak buat kerja. Nak pula kerja di hari minggu..!
Aku rasa down sangat dan ianya memberi kesan kepada seluruh perilaku aku untuk dua tiga hari itu. Ia juga buat aku rasa tak ada siapa hargai setiap apa yang aku buat di situ.
Aku tak ada lah nak dijunjung atau dijulang bagai. Cukup hanya masa penilaian tu janganlah pilih kasih....
Itu je..!!
badakbiru: itulah nasib kalau makan gaji ni...haih
No comments:
Post a Comment