Salam Aidilfitri.....
Tahun ini adalah tahun ke-6 dan tahun ke-2.
Tahun ke-6 aku beraya tanpa mak dan ayah, dan juga tahun ke-2 aku masih diselubungi rasa kecewa dan bersalah kerana dah kehilangan seseorang yang amat aku hargai.
Dan semuanya aku masih beraya sendirian tanpa teman disisi, walaupun hakikatnya aku ada adik beradik dan sanak saudara disisi. Memang lah bukan sepenuhnya sendirian, tapi rasa gembira tu tak sama. Ditambah pula kalau perlu bergantung pada sesiapa. ( *sigh..)
Hati dan otak aku masih tak gembira. Mungkin aku senyum dan bergelak ketawa, tapi aku masih tak dapat nak cari kegembiraan yang boleh buat aku lupa masalah. Kenapa ye..? Aku pun pelik dengan keadaan aku sekarang ni.Padahal apa yang berlaku tu dah lama berlalu, tapi kesannya masih ada lagi. Paling ketara ialah semangat aku. Ianya sangat-sangat rendah dan hampir tiada kalau aku berjauhan.
Aku tahu aku perlu berubah dan lepaskan saja, tapi aku tak mahu.
Hish....kenapalah manusia ni suka betul nak apa yang dia tak boleh dapat..? Geramnya dengan diri sendiri..!!
Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin
No comments:
Post a Comment