Cepat betul masa berlalu. Kurang 2 hari lagi Aidilfitri dah nak menjelma.
Ya Allah....banyak betul masa aku bazirkan pada Ramadhan kali ni. Fikiran aku sangat serabut dan kusut kali ni. Banyak masalah dan benda yang menyerabutkan otak aku. Rasa macam ada batu besar je kat kepala ni..!
Malam nanti aku akan balik ke kampung, sambut hari raya. Walaupun mak dan ayah dah tak ada, aku masih ada abang-abang dan saudara mara di kampung. Jadi aku kena balik. Lagipun aku tak dapat bayangkan perasaan beraya seorang diri di negeri orang ni..! Kalau aku di luar negara tu mungkin boleh terima lah kot.
Pagi tadi rasa sayu betul hati ni. Tak tahu kenapa. Lepas bersahur tadi, aku kemas apa yang patut dan tiba-tiba mood raya datang, tapi aku rasa sayu dan hati aku rasa kosong sangat. Aku rasa nak minta maaf dengan semua kawan-kawan yang kenal aku dan sesiapa saja yang aku kenal. Biasanya tahun-tahun sebelum ni atau kebiasaan kebanyakkan orang, maaf yang diminta tu ialah semata-mata kerana nak raya. Namun kali ni aku taktahu kenapa dengan diri aku ni. Aku rasa aku betul-betul minta maaf dan kalau boleh aku tak mahu lagi ulangi salah dan silap yang sama dengan semua orang.
Kemudian, hati aku semakin sedih bila aku bersalaman dengan..........
Aku rasa menyesal sangat dan aku rasa bersalah dengan dia....aku rasa sampai bila-bila pun aku tak dapat nak padam kesalahan aku terhadap dia tu sehinggalah aku bukan lagi orang asing bagi dia.
Akhir sekali.....aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua..
No comments:
Post a Comment