Thursday, August 06, 2009

Hari ini dalam sejarah..

Hari ni hati sangat payau rasanya...nak kata terhiris tu, tak adalah sangat, tapi aku sangat down sepanjang hari ni. Semua benda aku recall balik dan aku rasa diri aku ni tak berguna langsung...!!
Aku cuba sedaya upaya kuatkan semangat. Aku cuba lawan semua kesedihan dan kekusutan tu. Aku sangat-sangat tidak tahu jalan mana harus aku pilih. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa jalan hidup aku sangat susah...? Tak macam orang lain..? Bukan bermaksud aku putus asa dengan hidup aku, cuma aku nak cari di mana silapnya hidup aku sehinggakan aku menerima ujian dan dugaan macam ni.
Sepanjang hari mata aku keluarkan air. Macam paip bocor pun ada juga. Aku cuba untuk mengadu pada seseorang, tapi....entahlah.

Kepala aku pun makin sakit.
Selera makan aku agak kurang.
Otak pun mulalah sakit juga.
Badan aku pun rasa letih. Letih yang amat sangat.....Jiwa aku pun letih juga. Letih menanti buah yang tak tahu bila gugur nya. Atau mungkin juga menunggu kucing bertanduk..?
Pelbagai alasan, pelbagai janji dan pelbagai putar belit cerita terpaksa aku telan. Nak tak nak aku terpaksa terima, sebab aku bukan sesiapa. Aku tak ada pengaruh. Aku tak ada 'kabel' besar dan aku tak ada kekuatan yang masih lagi aku cari. Aku tak salahkan takdir dan aku tak salahkan sesiapa. Malah aku sangat-sangat berterima kasih kepada yang bersusah payah ingin membantu aku.

Namun..secara jujurnya aku kecewa juga. Aku buntu. Aku dah mati akal. Aku minta pada Tuhan agar tunjukkan jalan keluar pada aku, tapi aku belum jumpa.
Tak ada guna aku menangis tersedu-sedu, kalau aku tak cuba
Tak ada guna aku mengadu sana sini, kalau aku tak cuba.
Tak ada guna aku menagih harapan, sedangkan hasilnya aku tak tahu.
Tak ada guna aku menunggu lagi, kalau ini lah jawapan nya.

Apa harus aku buat..???

No comments:

Post a Comment