Thursday, April 30, 2009

unstable

Dah 2 hari aku rasa sedih sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Dulu dah janji tak nak post anything emotional kat sini, tapi ter post gak..Arghhh..!!
Aku tak tahu apahal emosi aku senang betul rasa sedih. Padahal setiap hari pergi kerja, asyik gelak ketawa je dengan budak-budak office ni. Maybe aku teringat kawan lama kot. Dulu kat pejabat lama, macam tu lah aku dengan diaorang. Sekarang tak lagi. Haih...everything changed. Macam tu lah lumrah kehidupan.


Betul juga kata seorang kakak yang suka baca entri aku kat sini. Walau se detail mana pun aku tulis di blog ini atau blog mana-mana pun, orang akan tetap fikir lain.Sebab tak semua orang fikir macam mana aku fikir. Aku pun rasa macam tu. Setakat baca entri yang di post 2 hari sekali atau seminggu sekali, adakah itu dah boleh gambarkan sikap dan perangai sebenar aku..? Orang dah boleh kenal ke..?


Lepas dah hampir 4 bulan aku memikirkan, apa yang dapat aku simpulkan, walau apa benda yang aku buat, sama ada baik atau buruk, tak kan ada yang faham atau cuba faham apa masalah sebenar diri aku,apa yang aku nak dan apa yang aku cari. Segala rasa, pengalaman dan peristiwa di masa lepas yang aku lalui, tak akan ada seorang pun yang mengerti, sebab hanya diri aku je yang rasa dan lalui semua tu. Lagipun setiap orang tak punya rasa yang sama. Tak semestinya apa yang jadi kat aku tu, boleh tinggalkan kesan yang sama pada orang lain. Jadi, salah ke kalau aku letak dalam blog apa yang aku rasa selama ni.?Setiap orang ada cara mereka sendiri untuk hilangkan beban di otak masing-masing. Dan aku, ini cara aku sebab aku nak semua orang tahu apa yang dah aku lalui, apa yang aku buat dan apa yang aku sedang buat, sebab aku suka show off..!hihi...Lantaklah apa orang nak kata. Aku bukan minta simpati atau buat-buat muka kesian kat orang. Ini cara aku.
Jadi, lepas 2 hari aku berperang dengan emosi sendiri, aku dapat simpulkan, selepas ni aku tak akan ambil peduli lagi apa orang nak kata sebab setiap perbuatan aku, ditanggung oleh aku sendiri, dan .oh ya, topik dalam rancangan 360 semalam kena batang hidung aku lah....! Cess..aku jadi macam patung kayu pula semalam,diam tak terkata dan apa yang di kupas tu memang betul. Tekanan hidup, kerja dan ekonomi buat manusia suka buat benda tak guna akal. Itu lah yang aku buat and I promise to myself, whatever I wrote in the last Thursday's entry would be the first and last I'm doing it in public..!

Hari ni
birthday kawan yang paling aku hormati dan sayangi. Wish you the happiest day ever. Agak terkilan sebab tak dapat celebrate dengan dia this year, but not to worry because I'll always pray for your happiness sis...Happy birthday to you.



No comments:

Post a Comment