Friday, April 24, 2009

macam macam hal..

Hari ni aku malas lagi. Bosan nak tunggu data masuk dalam sistem. Kerja-kerja lain semua dah settle. Lagipun, dari pagi sampai ke petang aku asyik gelak je dengan budak-budak office ni. Semua orang aku kacau. Yang tak pernah aku tegur pun aku kacau juga. Maknanya tu aku bosan tahap maksima..!


Maka sebab aku bosan yang amat, aku balik awal. Nasib baik jalan clear. Tak sesak sangat. Aku drive dengan hati gembira.Heh..Macam-macam aku jumpa di sepanjang perjalanan tu. Ada satu accident berlaku kat depan bus stand nak ke Sunway, di lorong paling perlahan. Langgar bontot, Kancil dengan Waja. Sama-sama made in Malaysia.Faham-faham je lah kan..:D. Apa yang buat aku naik pelik, tak seorang pun nak tolak kereta Kancil tu ke tepi jalan. Dibiarkan kereta tu di lorong tu dan buat jalan slow moving dari arah KL ke Klang. Maybe pemilik dia tengah bengang sebab kena langgar. Dan aku macam biasa, tengok je lah semua tu. Hati rasa kesian tapi tak pernah nak berhenti tolong bila terjadi keadaan macam tu. Takpe, maybe ada orang lain yang akan tolong.,tak ada apa boleh aku tolong. Lagipun dah ada orang berhenti tolong dia masa tu.


Aku teruskan pemanduan. Aku nampak seorang lelaki naik motor dan sedang kejar awek dia yang tengah jalan kaki. Nampak macam nak memujuk. Nak gelak pula tengok. Tengah-tengah orang sesak balik dari pejabat, mereka buat drama swasta pula kat tepi jalan..! Aku gelak dan teruskan pemanduan aku balik ke rumah. Wah..jalan agak clear hari ni. Sempat aku balik layan cerita Matahari ni.
Aku sampai rumah dekat jam 7 malam. Aku tengok rumah agak gelap, aku masuk tengok budak rumah aku tengah tidur kat sofa, tak pasang lampu dan kipas. Aku ingatkan dia demam, rupa-rupanya tak ada letrik..!! Oh nooo....rugi aku balik awal hari ni..!! Jadi kami semua bergelap dan berpanas malam tu. Aku lepak kejap je dengan budak rumah aku, lepas tu aku bosan gila. Aku sms kawan U aku, dan kita orang plan nak lepak kat kopitiam. Aku siap-siap dan drive ke Cheras. AKu redah je sebenarnya, sebab dah bosan tahap maksima kan. Sampai je kat sana, kami lepak-lepak minum kopi dan cerita hal masing-masing. Most of it cerita rasa tak puas hati kat orang-orang sekeliling kita orang lah. Macam-macam hal keluar. Dah habis semua cerita tu, aku rasa bersalah pula. Ye lah, kalau nak list kan rasa tak puas hati tu, sampai bila pun tak habis. Susah nak puaskan hati semua orang. Kalau tegur, tak semua orang akan terima teguran tu walaupun niat kita tu baik. Bila tak tegur, maka jadilah hal macam ni. Lepak-lepak minum sambil cerita hal orang..! bagus ke macam tu..? lambat laun orang pula bercerita hal aku pula. Padan lah muka aku kalau macam tu kan.


Dah habis cerita nak sembang, kawan kepada kawan aku keluarkan satu kotak dari seluar dia. Dia ambil sebatang dan sedut dengan best nya. Aku tengok saja. Lepas tu aku minta sebatang dan aku pun sama-sama sedut dan hembus benda alah tu dengan mereka. Aku rasa puas. Ni bukan kali pertama. Sebelum ni aku buat juga, tapi sorang-sorang. Sebelum ni aku sendiri beli dan pegang dan aku tulis diblog dulu...., sebab aku sedang menikmati benda tu dan aku sedang memegangnya, tapi aku banyak berkias. Jangan salahkan kawan-kawan aku sebab mereka tak pernah ajar. Sebelum aku kenal mereka pun aku dah buat, tapi kejap-kejap je. Time otak aku bengong je. Lepas tu aku insaf balik. Jangan salahkan sekolah aku. Memang tak semua dari sekolah itu baik, dan jangan pandang serong pada sekolah agama. Yang membuatkan golongan seperti aku ni jadi macam ni, sebab bukan kehendak sendiri masuk ke sekolah tu. Semuanya paksaan mak ayah. Maka sebab tu nama sekolah pun jadi buruk, sebab bukan kerelaan sendiri. The rest, memang bagus sekolah situ.


Kawan U aku tersentak. Aku cakap kat dia, " kan aku dah cakap, aku bukannya baik sangat. Expect the unexpected OK..". Dia tanya aku dah lama ke aku buat perangai ni. Aku cakap taklah. Bukan selalu aku buat. Time-time hanyut je. Dia tanya adakah sebab seseorang. Aku marah dia, sebab tak ada sesiapa yang pengaruh aku. Kalau aku terpengaruh pun, mungkin dari abang aku. Sebab dia memang heavy smoker. Lagipun aku pernah cuba masa sekolah dulu, time mak aku tak ada. Tapi tak ada lah sampai sekotak sehari. Kalau tak ada pun, tak pe. Sebab aku bukan smoker. Aku cuba je. Selagi tak minum arak, aku rasa OK kot. Heh..Kemudian, dia senyap dan kitaorang teruskan buang masa. Esok dah lah kerja. Dekat jam 2 pagi, baru kitaorang gerak balik.


Dan sekarang jam 2.30 pagi, aku sampai di rumah, letrik dah ada dan semua budak rumah aku dah layan mimpi masing-masing. Aku tiba-tiba ingat apa yang aku buat tadi. Apa dah aku buat..?? Aku hanyut lagi sebab aku sedih. Aku tension. Aku dah tak tahu nak cerita kat siapa, dan aku tak ada rasa happy lagi. Jiwa aku kosong sebab tak ada aktiviti yang best nak buat. Tu je lah yang aku rasa best nak buat, dan sekarang aku menyesal. Bangang..!!!


badakbiru: banyak sangat berkias sebelum ni, last-last semua salah faham. ini kenyataan, nak terima tak nak terima, tak kisah.

No comments:

Post a Comment