Wednesday, August 15, 2012
Cepatnya masa berlalu.....Baru saja menjelma, kini Ramadhan akan melabuhkan tirai. Syukur aku masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. Cuma tahun ini lain sikit cabaran aku alami. [ sedih].
Dan dalam masa kurang dari 4 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aildilfitri dan bermakna Ramadhan akan pergi. Kalau panjang umur jumpa lagi tahun depan.
Aidilfitri kali ini aku akan balik ke kampung halaman. Tahun ini masuk tahun ke-8 aku beraya sendiri tanpa mak dan ayah. Walaupun aku beraya bersama adik beradik dan sanak saudara, hakikatnya aku sendirian. Mereka sudah punya keluarga masing-masing.
Kadang-kadang cemburu juga bila mereka dapat bergaya baju raya sedondong dengan pasangan masing-masing. Dengan keadaan hubungan aku dan mereka yang begini, perasaan itu pasti muncul.
Kadang-kadang tu, aku selalu dahulukan mereka dan sanggup korbankan kepentingan diri untuk orang lain. Pernah aku terfikir, adakah di hati mereka ada sekelumit rasa terhadap aku? Kemana hilangnya sayang..?
Aku lakukan apa sahaja untuk orang yang aku sayang. Walaupun aku tahu mereka juga punya kehidupan sendiri, tapi aku cuma minta sedikit waktu dari mereka. Kadang-kadang aku diamkan saja jika aku sangat perlukan bantuan, kerana fikir aku mereka sibuk dengan kehidupan mereka.
Kadang-kadang terasa, agaknya kalau aku dah tak ada di dunia ni, ada ke orang ingat kat aku ye...?
Labels:
Mood Sad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment