Monday, November 21, 2011
Hati jatuh
Sejak Jumaat lepas,perasaan aku agak down sikit. Semuanya bermula dengan satu benda. Mungkin tak besar mana tapi cukup buat aku sedih.
Seorang dari jawan rapat aku keluar negara atas urusan kerja. Lama dah aku tak jumpa dia. Sebelum ni boleh dikatakan setiap hari aku jumpa dia. Entah kenapa tiba tiba dia jauhkan diri dari aku dan diamkan diri. Nak berangkat keluar negara pun tak beritahu. Sedih aku dibuatnya. Seolah olah aku ni seorang yang mencari kawan ketika inginkan teman je dibuatnya.
Seharian aku memikirkan kes tu.
Apa lagi harus aku buat untuk disayangi dan diingati?
kes tu betul betul buat aku terfikir. Selama ini segala perasaan kasih dan sayang aku pada kawan kawan,tak pernah dihargai. Walau sesusah mana aku cuba menjaga hati mereka,akhirnya aku dilupai juga,dimarahi juga.
Malam hari Jumaat tu juga lepas pulang dari pejabat dan sampai dirumah,aku mengurungkan diri. Aku SMS seseorang. Seperti biasa,alasannya adalah sibuk dan penat. Sangat sangat buat aku kecil hati...!
Sabtu dan Ahad,aku hanya duduk dirumah dan buat apa yang aku suka seorang diri,tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Itu lebih baik daripada aku tanpa sengaja menyakiti hati orang orang yang aku sayang dan kasihi.
badakbiru: bosan selalu sendirian tapi semuanya sibuk....
Labels:
None
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment