Tahun ini aku kehilangan tiga orang ahli keluarga yang rapat. Makcik dan dua orang sepupu aku pergi mengadap Ilahi awal tahun ini sekaligus tidak sempat menyambut Ramadhan. Takdir Tuhan kan? Tak ada siapa dapat agak dan jangka apa yang bakal berlaku.
Tahun lepas sepanjang Ramadhan aku sendirian. Bersahur dan berbuka. Sebulan aku dipermainkan. Kalau boleh aku tak nak ingat tapi ianya sangat berbekas dihati.
Tahun ini aku tak pasti.
Aku tahu tahun lepas Ramadhan aku agak teruk. Aku banyak mengikut perasaan sehingga aku lupa tanggungjawab aku kepada Tuhan.
Harapan aku tahun ini adalah untuk mencari kekuatan diri dan hati. Agar hidup aku akan lebih tenang.
Terima kasih Tuhan kerana masih beri aku peluang...!!
SELAMAT BERPUASA kepada semua...
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment