Sunday, July 17, 2011

hentikan?

Aku tak tahu sampai bila aku perlu berlakon macam ni.
Aku sengaja bangun lambat setiap pagi untuk ke pejabat. Aku sengaja balik lambat kononnya nak tunggu jalan clear dulu. Aku sengaja terperap dalam bilik saja,dan aku sengaja bangun lambat setiap minggu kerana ingin mengelak.
Aku tahu ianya sudah lama,tapi aku masih tidak mampu untuk menerima keadaan sekarang. Aku cuba,tapi tak boleh. Aku masih tak boleh menerima penipuan itu. Umpama telah dikhianati. Ditikam dari belakang. Sengaja mempermainkan aku.
Aku dah maafkan tapi aku masih tidak boleh terima. Walaupun aku tahu itu hak dia,tapi apa dosa aku sehingga sanggup khianati aku?
Seolah olah segala keihklasan aku selama ini tak ada nilai langsung.
Aku tak suka keadaan sekarang. Aku nak hentikannya. Aku nak tamatkan perang saikologi ini. Atau mungkin perang aku dengan diri sendiri?
Satu saja cara yang mungkin berkesan,tapi ianya sesuatu yang aku tak suka.
Caranya ialah ucapan selamat tinggal. Mulakan kehidupan baru bersama-sama orang orang baru.
Aku akan buat,tapi bukan sekarang. Ada yang menghalang aku berbuat begitu.
Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments:

Post a Comment