Tuesday, February 02, 2010

nak sibuk

Saat saat akhir berada di sini. Esok akan berangkat ke Terengganu. Fuh..pening juga nak packing baju nak bawa ke sana. Rasa macam semua nak bawa..! Apa yang penting, adalah my lappy. Nak bawa ke tak..? Ada ke masa kat sana nanti.? Haish...banyak benda nak kena settle ni...!
Aduh..3 minggu tak jumpa internet. Boring nya...

OK. Lupakan kisah kursus aku yang akan bermula esok pagi. Melampau tak kalau aku bawa baju satu beg bersaiz 26 inchi, untuk kursus selama 3 minggu di Malaysia je..? Heh..:D

Aku nak kongsi sesuatu malam ni.

Dulu dulu ada seorang kenalan pernah bertanya aku, apa sebenarnya yang aku nak...? Ketika tu aku ada sedikit salah faham dengan dia. Jadi aku sembunyikan jawapan sebenar kepada soalan dia tu. Kenapa aku sembunyikan..? Entahlah. Banyak sebab kenapa aku sembunyikan, dan susah nak terangkan. Itu lah silap aku. Banyak sangat berahsia dengan semua orang. Aku sangat susah percayakan orang, walaupun kepada seorang kawan yang paling rapat.

Aku keliru lagi...
Tiba-tiba saja aku terfikir dan bertanya dalam diri. Betul ke keputusan aku ni..?
Ini ke yang aku nak..? 
Bersediakah aku..?
Mampukah tugas baru ini menghilangkan segala rasa bosan dan sunyi aku selama ini..?
Mampukah tugas dan tanggungjawab baru ini mengisi masa terluang aku yang sangat banyak sebelum ini..??

Aku mahu sibuk...!
Sebab dengan kesibukkan aku akan dapat lupakan semua rasa sepi dan sensitif tak tentu pasal aku ni.
Sebab dengan kesibukkan aku boleh bina kembali semangat aku..
Sebab dengan kesibukkan aku boleh lupakan semua orang..!

Aku nak sibuk..!!

badakbiru : rasa kosong bila tiada, tapi kalau ada pun macam tak ada....macam mana tu..?

1 comment:

  1. Good luck ya.. InsyAllah.. tanamkan azam dan doa utk buat yang terbaik jangan sekali2 letakkan keyakinan diri pada tahap yg bawah tanpa berusaha dan jangan putus asa ok

    ReplyDelete